Petang nie Cik Hany nak kongsi dengan semua pesan2 hikmah yang Cik Hany dapat dari e-mel... Moga perkongsian ini membawa kebaikan untuk kita semua...
4 perkara yang dipandang sebagai IBU?
4 perkara yang dipandang sebagai IBU?
- Ibu dari segala UBAT adalah sedikit MAKAN.
- Ibu dari segala ADAB adalah sedikit BICARA.
- Ibu dari segala IBADAT adalah takut buat DOSA.
- Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.
Lima jenis racun dan lima jenis penawarnya
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
Kata-kata hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin
1. Saidina Abu Bakar r.a berkata orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
a) ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
b) hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim
c) hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula
d) adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
2. Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata;
a) orang yang bayak ketawa itu kurang wibawanya
b) orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
c) orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
d) barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
3. Saidina Ali karamallahu wajhah berkata:
a) tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
b) tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
c) tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
d) tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
e) tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
f) nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
g) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
h) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
4. Saidina Uthman Bin Affan r.a berkataantara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
a) hatinya selalu berniat suci
b) lidahnya selalu basah dengan zikrullah
c) kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
d) segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
e) mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
p/s: sekadar perkongsian... yang baik datang daripada Allah S.W.T., yang lemah dari diri Cik Hany sendiri...

- Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya
- Harta itu racun, Zakat itu ubatnya
- Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali
- Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
- Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
- Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
- Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
- Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahailallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawab kepadanya.
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
- "Pandanglah kepada orang yang rendah daripada kamu (yakni yang kurang bernasib baik berbanding dengan kamu). Dan janganlah kamu hanya memandang kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu (yakni kehidupannya di dunia lebih hebat daripada kamu). Itulah sewajarnya supaya kamu tidak memandang rendah nikmat-nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu" (Hadith Muttafaqun Alaih)
- "Makanlah dan minumlah. Pakailah dan bersedekahlah. Tapi jangan melampaui batas dan jangan dengan niat hendak menyombongkan diri" (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad)
- "Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa kedana sehingga mereka meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
- "Tidak ada satu amalan yang lebih berat di atas mizan (pertimbangan pada hari kiamat nanti) melainkan akhlak yang baik" (Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Kata-kata hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin
1. Saidina Abu Bakar r.a berkata orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
a) ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
b) hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim
c) hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula
d) adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
2. Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata;
a) orang yang bayak ketawa itu kurang wibawanya
b) orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
c) orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
d) barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
3. Saidina Ali karamallahu wajhah berkata:
a) tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
b) tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
c) tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
d) tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
e) tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
f) nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
g) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
h) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
4. Saidina Uthman Bin Affan r.a berkataantara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
a) hatinya selalu berniat suci
b) lidahnya selalu basah dengan zikrullah
c) kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
d) segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
e) mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
p/s: sekadar perkongsian... yang baik datang daripada Allah S.W.T., yang lemah dari diri Cik Hany sendiri...
Tweet
No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^