Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Saturday, April 30, 2011

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA

Views
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnyabesar kepada keluarganya...


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-citabelum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebabbertambah rindunya...


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepdanya...
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah menngetahui siapa si dia... Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia... Moga si dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasamemasuki taman larangan dengan sopan santunnyadan bertemu mawar berduri yang tejaga oleh tuannya...Simpanlah pesanku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


p/s: Ya Allah, moga si dia yang diciptakan untukku adalah lelaki yang mencintaiku kerana Mu... 


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

penyepian diri...

Views
assalamualaikum... hai...
lame dah x update blog... sepikn diri???? eheheh... sebab tak de mase nak update blog...
busy dengan assignments2 yang bertimbun & sekarang nie busy pulak dgn minggu final exam....
alhamdulillah tinggal lagi 2 paper jer lg... moge2 semua nye akan baek2 jer...
insya Allah akan cuba utk update blog selalu.... hehe...lgpun lepas nie akan mempunyai masa yang banyak sbb dah cuti sem....
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG