Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Showing posts with label Universiti Terchenta. Show all posts
Showing posts with label Universiti Terchenta. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Persiapan Konvo

Views
Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera..


KONVOKESYEN KE-14 UMS!!!
Akhirnya, setelah tiga tahun berhempas pulas belajar, Cik Hany akan konvo pada tahun nie tanggal 21 haribulan Oktober 2012.. ye, ada lagi lebih kurang tiga hari untuk buat persiapan untuk konvo.. macam-macam nak fikir, maklumlah konvo kali pertama dalam hidup..hehe... baju, kasut, yuran, tiket jubah, tiket flight, 'photo' konvo, tempat tinggal, pengangkutan..memang banyak nak fikir, sebab konvo jauh - bukan boleh balik kalau ada barang-barang tinggal..kena buat persiapan rapi nie, tapi masih mencari-cari 'mood' nak konvo...huhu..

okeh, mari lihat 'checklist' untuk persiapan konvo Cik Hany:
1. tiket flight - settle [semalam dah 'check in' flight... nun jauh di belakang Cik Hany duduk...huhu..takde teman..]
2. baju konvo - pakai jer yang mana ada...pakai jubah je..hehe
3. kasut konvo - esok nak pegi cari [bertutup & ada tumit tapi tak lah tinggi sangat]
4. tiket ambil jubah - settle [dah siap 'print']
5. yuran konvo - esok nak pegi bayar ['bank in jer]
6. tempat tinggal - settle
7. 'photo' konvo - dah book [tengah cari kereta nak ke sana]
8. pengangkutan - harap-harap dapat la kereta untuk pergi ulang alik ke UMS nanti

esok lepas beli barang, harus mula mengemas beg... 8 hari 7 malam nak tinggal kat sana, macam banyak je nak kena bawak... haha... apa boleh buat... ada masa lagi sampai hari selasa... hari rabu jam 10.20 pagi akan naik belon aka kapal terbang ke Kota Kinabalu... permudahkan segala urusan hamba-Mu ini, ya Allah... amiin...

tengah terfikir-fikir macam mana la keadaan Cik Hany nanti masa konvo..hehe..takut pulak rasa, berdebar sebab pertama kali nak konvo..

jumpa lagi di lain entri..insya Allah..tiba masa untuk masuk tidur sekarang nie..

Sekian...

Cik Hany

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, February 17, 2012

Result Exam Sem 5

Views



hai semua.. semalam bersamaan 16 Februari 2012 Cik Hany telah selamat kembali ke kampus UMS Labuan untuk meneruskan baki satu semester lagi... balik seorang jer dari KLIA ke UMS..huhu.. alhamdulillah semuanya selamat..

hari nie result exam sem 5 telah keluar..sepatutnya hari ahad nie tapi telah diawalkan sedikit.. duit PTPTN pun dapat lambat..huhu.. segala perasaan ada sebab Cik Hany tak yakin dengan apa yang Cik Hany jawab masa exam, baca lain keluar soalan lain.. tapi apa-apa pun Cik Hany dah usaha yang terbaik..

alhamdulillah... PNGS dan PNGK Cik Hany meningkat dari sem lepas.. syukur alhamdulillah... walaupun tak mencapai target yang diharapkan.. Cik Hany bersyukur sangat-sangat sebab bukan mudah soalan yang diberikan.. tiada yang gagal..semuanya lulus dan boleh meneruskan pengajian.. alhamdulillah... semester akhir nie ada lagi..usaha takkan terhenti..moga kejayaan mengiringi... amin :)

sehingga bertemu lagi di lain entri.. ^__^



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, November 11, 2011

Sibuk.....

Views




Salam Jumaat..Salam penghulu hari...hari nie tarikh 11/11/2011..cantik kan... takde apa2 cerita istimewa di sebalik tarikh tu..ia hanya sekadar tarikh... Hari nie besday kawan Cik Hany dan adik angkat Cik Hany... kepada Amim dan adikku yang comel Nazifah, selamat hari lahir kalian berdua..

Cik Hany tengah busy sangat2 sekarang nie dengan assignment walaupun cuti mid-sem tak habis lagi...huhuhu... sedihnyer... cuti dah tak rupa cuti.... doakan Cik Hany dapat siapkan semua assignment2 yang diberi dan dapat fokus untuk mid-term exam pulak... Cik Hany tetap pantau blog nie cuma tak berkesempatan nak menaip... jaga diri semua...:)


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, November 4, 2011

Cuti Mid-Sem

Views

esok dah start cuti mid-sem..... hari ahad nie raya haji... bermakna raya haji dalam cuti mid-sem selama 8 hari.... tapi Cik Hany tak balik...waaa... beraya buat kali kedua di Labuan..isk2.... sedih sangat nie sebab ramai kawan2 balik... dah tu post kat mukabuku dorang... tolong la jangan post apa2.... rindu family kat N9.... hukhuk

keboringan sudah melanda Cik Hany di bilik.... nak buat assignment yang berlambak bak gunung tu malas sangat2.... nak raye dulu... lepas raye baru wat assignment boleh..muahahaha.......:P

sekarang, Cik Hany nak tengok Anugerah Skrin 2011... tengok kat lappy kesayangan jer la..tv takdek nie..hahaha... oklah, nanti Cik Hany update lagi....



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 22, 2011

Hari Wanita

Views
Assalamualaikum..hai semua...selamat berhujung minggu.... apa plan korang semua hari sabtu ni?? Cik Hany hari ni pergi satu program yang diadakan kat kampus Cik Hany, Program Hari Wanita... Program ni anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Labuan dengan kerjasama  UMS, Bank Rakyat dan BSN. Banyak pekerja jabatan datang ke kampus Cik Hany sampaikan Cik Hany perlu naik ke tingkat atas untuk duduk...

Masa sesi pendaftaran dapat goodies bag dari Bank Rakyat..hehe...suka2... dapat buku nota besar dan kecil, dapat pen, keychain... lepas perasmian majlis, sesi minum pagi.... suka masa nie sebab lapar..haha... lepas makan Cik Hany pergi pameran kerjaya 20 buah syarikat pulak... dapat rembat topi j0bs malaysia pulak..hoho.... suka2...(sila jangan jeles):D

Selain pameran kerjaya tu, ada gak yang menjual tudung, kerongsang, beg dengan cupcakes.. Cik Hany pun membeli ler beg... RM10 jer hargenyer...lepas selesai semuanya, Cik Hany pergi semula ke dewan theathrette untuk sesi ceramah bersama Amanah Raya dan PDRM tentang hak serta keganasan wanita. Sepatutnya balik jam 10.50 pagi tapi terlewat pulak masuk jam 11 lebih...hehe....

Sesi ceramah pertama "Hak wanita dari pers[ektif undang-undnag" oleh Encik Usman Hamid dari Amanah Raya Berhad. Cik Hany difahamkan melalui bancian penduduk tahun lepas jumlah penduduk lelaki ialah seramai 14.76 juta orang dang wanita pula ialah 13.77 juta orang. Jadi, wanita lebih kurang dari lelaki. Lelaki-lelaki di luar sana, tiada alasan untuk berkahwin lebih dari satu yer...hehehe... Sesi kedua pula disampaikan oleh Inspektor Dorarin Guanoi dari PDRM tentang Keganasan dan diskriminasi terhadap wanita. Ceramah yang santai dan best untuk kedua-dua sesi ni. Lepas sesi soal jawab maka tiba masa untuk makan tengah hari... Ambil apa yang patut, balik hostel cepat..letih....hehehe... Kesimpulannya, best sangat-sangat...

Oh, ye..hari ni Cik Hany dapat bubur lambuk. Jangan hairan pulak yer..memang sekarang bukan bulan Ramadhan sebab dah lepas tapi ni aktiviti untuk Karnival Rakan Muda yang juga berlangsung hari ni. Pelajar-pelajar memasak bubur lambuk beramai-ramai dan mengagihkan kepada pelajar-pelajar lain. Yey, hasrat Cik hany teringin nak makan bubur telah tercapai.... terima kasih yer..:)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 15, 2011

Program Bicara Ilmu

Views




Hari nie 15 Oktober 2011 ada program bicara ilmu tentang buku "PELURU CINTA VICTORIA" anjuran PERWILA...apa tu PERWILA??? PERWILA tu ialah Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan...program nie berlangsung di tempat saya belajar.... walaupun program ilmu, tapi best sangat2... amat santai.... penuh gelak ketawa sebab panel kedua En.Resmanshah buat kelakar...harus la gelak.... banyak input yang dapat dari program ni.... THINK DIFFERENT...... insya Allah, andai ada kelapangan akan saya teruskan usaha menulis saya... :)


tapi sayang sangat2 sebab hanya sikit sahaja yang hadir...biasalah program ilmu macam nie, student universiti tak layan..tak suka.... mereka lebih suka kepada hiburan... hmm..apa nak jadi lah.... T___T



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, October 3, 2011

Minggu Bermula Assignment

Views
Assalamualaikum..hai..... sebelum memulakan entry mari kita mengalu-alukan kedatangan follower2 baru a.k.a. rakan2 saya di blog nie...selamat datang diucapkan kepada follower2 terbaru...terima kasih kerana sudi follow yang x seberapa neh.....terharu saya... *tepuk tangan tepuk tangan*

Hari nie 03 Oktober 2011 merupakan permulaan minggu keempat bagi semester kelima tahun ketiga... dah minggu keempat... ade lagi empat minggu sebelum cuti..yeahhh.... cuti tu yang penting..hehe..:D

bermula sudah tugasan2 untuk macam2 assignment yang pat0t dibuat..kepala dah pening...susun satu2 dulu...utamakan yang mana perlu dihantar.... akan sedikit busy tapi insya Allah blog neh takkan dilupakan..hehehe..so marilah kita bersama2 membuat assignment yang diberi..chaiyok2....hahaha...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, September 21, 2011

Tahun Terakhir Di Labuan

Views
Assalamualaikum.... lama dah tak update blog.... xde idea.. hahaha... ok, kali nie nak cerita pasal tahun terakhir di Labuan..insya Allah.... harap2 nya berjaya menghabiskan sesi pengajian tahun depan, cepat kerja n cepat kahwin... haha...habis jer cuti selama 3 bulan lebih di rumah terchenta, tanggal 9 haribulan September balik ke Labuan untuk tahun terakhir.... ok, gerun di situ.... dah final year.... kena belajar bet0l2 dah... tak leh maen2 lagi... need to grade with an excellent result...


subjek yang diambil agak mencabar (yelah nama pun dah final year, takkan la nak bagi yang senang2 lagi macam first year kan)... INTERNATIONAL MACROECONOMICS, INTERNATIONAL INVESTMENT, ADVANCE ECONOMETRICS FOR INTERNATIONAL FINANCE, INTERNATIONAL ECONOMIC INSTITUTIONS, BUSINESS COMMUNICATION... k itu subjek teras dan kena ambil satu subjek elektif...ISLAMIC ECONOMICS.. banyaknyer antarabangsa kan.... dah pening kepala kat situ..tapi xpe..insya Allah boleh... doakan saya yer...

tahun 3 nie jugak budak junior baru masuk...hahaha...tak boleh gatal di sini... selamat datang diucapkan kepada adik2 junior kos saya khasnya dan seluruh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan amnya... moga kalian semua enjoy hidup di sini dan berjaya dalam kos masing2... jangan cepat putus asa...berusaha sehabis mungkin...:D





Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, July 17, 2011

Satu Kenangan

Views
“UMS lambang puncak jaya
Pancaran perjuangan semangat waja
Pembentuk citra pelindung budaya
Memandu bangsa memaju Negara

Di sini dicanai segala fikiran
Di sini dikaji segala wawasan
Ilmu iman sumber ped0man
Bakti curah kasih budiman

Bayu bertiup nafasmu sejati
Bumi terhampar tubuhmu abadi
Samudera biru wajahmu berseri
Suria menyinar tenagamu murni

Kaulah harapan bangsa maju
Kaulah jambatan nusa bersatu
Berdiri megah kekal bermutu
Menuju arah bangsa dituju

UMS kaulah tunggak Negara
Warisan sejati Malaysia tercinta
Berkhidmat cemerlang menjadi budaya
Semoga unggul dan sejahtera”

Assalamualaikum..hai….

Lagu apa yang ade kat atas 2 yer… itulah lagu Universiti Malaysia Sabah… semangat melihat adik-adik juni0r akan masuk pada bulan September nie… teringat kisah dua tahun dulu (nampak sangat dah tua…hehe)
Baru2 nie, pada hari jumaat yang lepas 15 Julai 2011 keputusan UPU untuk kemasukan ijazah untuk sesi 2011/2012 telah keluar…ramai yang dapat dan ada jugak yang tak Berjaya.. kepada yang Berjaya tahniah diucapkan..kepada yang tak Berjaya tu, usaha lagi…. Rezeki tetap ade…ada yang dapat risau dengan keadaan persekitaran kawasan tempat belajar lagi..tambahan lagi yang dapat kat negeri orang kan… semestinya, yang bermain di fikiran ialah macam mana tempat tu?, susah tak kos aku?, macam mana dengan tempat tinggal?, dapat ke x aku sesuaikan diri?, aku seorang kot nanti,kawan2 takde, macam mana kos sara hidup yer?, macam mane dengan family aku dan macam2 lagi…. Hehe…. Pertanyaan biasa yang bermain di minda..sama jugak macam saya dulu..haha… ok2, relaks..jangan gabra.. sebab itu adalah satu proses hidup… kita semua pasti akan dapat melaluinya…

Mengimbau kembali kenangan dua tahun dulu selepas tamat tingkatan 6 dan Berjaya mendapat IPTA dalam kos yang agak pelik macam susah jek kos nie..INTERNATIONAL FINANCIAL ECONOMICS atau EKONOMI KEWANGAN ANTARABANGSA di Universiti Malaysia sabah Kampus Antarabangsa Labuan..satu yang bermain di fikiran, aik kat Labuan pun ade uni ker, tak tau pun..hahaha… lepas dah bagitau mak dan abah pasal tawaran tu, dipendekkan cerita,menerima sahaja walau dalam hati gila2 berbelah bagi… sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan jugak sebenarnyer...huhu... dan sebab bukan senang nak dapat IPTA kan… maka pada bulan Jun 2009, berangkatlah ke Kota Kinabalu untuk pendaftaran uni. dan sesi Minggu Suai Mesra.. risau,sedih, gembira, teruja semuanya ada sepanjang minggu MSM tuh… macam mane la Labuan agaknya?? Sedih nya nak pisah dengan mak, sebab tak pernah duduk berenggang..haha, dasat2.. tapi kena sedar reality… ambik sebagai cabaran…

Macam2 dugaan ketika mula2 tiba di Labuan.. takde air nyer… nk sesuaikan diri ngan keadaan nyer…nk sesuaikan diri ngan cara belajar uni. {sbb laen lar, dah ijazah kn..haha), dengan homesick nyer {mesti menangis..hahaha..), nak cari kawan lar… tapi 2 suma kejap jer… hehe..alhamdulillah dapat sesuaikan diri… yang penting tau bawak diri…

Dua tahun yang telah berlalu dan sekarang akan masuk tahun ketiga tahun terakhir di UMSKAL nie… kejap jer masa berlalu..rasa macam baru masuk (sebenarnya x sedar diri dah tua… :P) dua tahun nie lah, pelbagai ragam manusia dapat dilihat, dari situ belajar mengenal orang.. macam2 yang dipelajari… belajar berdikari.. belajar menguruskan diri sendiri… kenal ramai orang.. yang mungkin x dapat diperolehi kalau kita x mengambilnya sebagai satu cabaran… memang ramai orang cakap, wah jauhnya ko dapat uni. Mesti banyak pakai duit… yup, memang itulah cabarannyer.. duduk jauh memang memerlukan pengorbanan… tapi x ternilai ilmu yang kita dapat dengan duit 2… banyak mengubah diri pemilik blog ini daripada seorang yang pendiam gler2 masa zaman sekolah dulu kepada orang yang banyak cakap n x gugp bila berucap dpn junior2 form 6 <= itu cikgu yang cakap.. haha… tapi sekurang2 nya banyak perubahan dalam diri dapat dilihat berbanding diri yang ada 3 tahun dulu… sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya…

Hargailah setiap peluang yang kita ada… ambil sebagai cabaran… setiap kos yang kita dapat sama ada melalui kerelaan atau kerela paksaan ada nilainya… tiada kos yang senang… belajar ada naik turunnya.. ada subjek2 dalam kos yang susah dan senang..tidaklah semuanya susah..dan tidak lah semuanya senang… yang penting kita belajar… jangan takot…ilmu memang xkan pernah habis dan ilmu yang terbaik ialah pengalaman..experience is the best teacher… nikmatilah hidup ini..jadikan pengalaman itu pengalaman yang indah…

p/s: Bukan niat untuk menunjuk diri namun sekadar ingin berkongsi rasa hati… yang buruk dari dari diri pemilik blog yang tak seberapa ini..yang baik dari Allah s.w.t…J

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Thursday, February 10, 2011

UMSKAL terchenta......

Views
Bismillahirrahmanirrahim....

entri kali nie gamba2 UMSKAL terchenta... universiti tempat saya sedang belajar sekarang...

gambar menara gading dr pantai... ^_^
























Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG