Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Saturday, October 22, 2011

Hari Wanita

Views
Assalamualaikum..hai semua...selamat berhujung minggu.... apa plan korang semua hari sabtu ni?? Cik Hany hari ni pergi satu program yang diadakan kat kampus Cik Hany, Program Hari Wanita... Program ni anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Labuan dengan kerjasama  UMS, Bank Rakyat dan BSN. Banyak pekerja jabatan datang ke kampus Cik Hany sampaikan Cik Hany perlu naik ke tingkat atas untuk duduk...

Masa sesi pendaftaran dapat goodies bag dari Bank Rakyat..hehe...suka2... dapat buku nota besar dan kecil, dapat pen, keychain... lepas perasmian majlis, sesi minum pagi.... suka masa nie sebab lapar..haha... lepas makan Cik Hany pergi pameran kerjaya 20 buah syarikat pulak... dapat rembat topi j0bs malaysia pulak..hoho.... suka2...(sila jangan jeles):D

Selain pameran kerjaya tu, ada gak yang menjual tudung, kerongsang, beg dengan cupcakes.. Cik Hany pun membeli ler beg... RM10 jer hargenyer...lepas selesai semuanya, Cik Hany pergi semula ke dewan theathrette untuk sesi ceramah bersama Amanah Raya dan PDRM tentang hak serta keganasan wanita. Sepatutnya balik jam 10.50 pagi tapi terlewat pulak masuk jam 11 lebih...hehe....

Sesi ceramah pertama "Hak wanita dari pers[ektif undang-undnag" oleh Encik Usman Hamid dari Amanah Raya Berhad. Cik Hany difahamkan melalui bancian penduduk tahun lepas jumlah penduduk lelaki ialah seramai 14.76 juta orang dang wanita pula ialah 13.77 juta orang. Jadi, wanita lebih kurang dari lelaki. Lelaki-lelaki di luar sana, tiada alasan untuk berkahwin lebih dari satu yer...hehehe... Sesi kedua pula disampaikan oleh Inspektor Dorarin Guanoi dari PDRM tentang Keganasan dan diskriminasi terhadap wanita. Ceramah yang santai dan best untuk kedua-dua sesi ni. Lepas sesi soal jawab maka tiba masa untuk makan tengah hari... Ambil apa yang patut, balik hostel cepat..letih....hehehe... Kesimpulannya, best sangat-sangat...

Oh, ye..hari ni Cik Hany dapat bubur lambuk. Jangan hairan pulak yer..memang sekarang bukan bulan Ramadhan sebab dah lepas tapi ni aktiviti untuk Karnival Rakan Muda yang juga berlangsung hari ni. Pelajar-pelajar memasak bubur lambuk beramai-ramai dan mengagihkan kepada pelajar-pelajar lain. Yey, hasrat Cik hany teringin nak makan bubur telah tercapai.... terima kasih yer..:)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG