Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Thursday, September 29, 2011

Sebuah Kisah Benar Tentang Pengorbanan Seorang Ibu

Views

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, September 28, 2011

Berdua Bersatu

Views
Lagu yang femes sekarang nie nyanyian artis di bawah didikan KRU.... F0rteen yang dianggotai 4 anak muda: Izzue Islam, Ameerais, One, dan Ariz... Forteen nie ada fan page kat mukabuku (klik sini).... setiap anggota kumpulan nie pon ade facebook masing2 gak.... Ameerais-klik sini, Izzue Islam-klik sini, One-klik sini dan Ariz-klik sini

korus lagu nie memang best.... specially dedicated to my beloved incik tunang.... wink2...


kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu
 
 


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, September 26, 2011

Tips Jadi Pelajar Cemerlang

Views
Assalamualaikum.... semua orang mesti nak jadi pelajar cemerlang kan... siapa yang tak nak dapat pointer yang baik kan...nama tersenarai dalam dean list ... saya p0n nak jugak, hehe...setiap pelajar pasti ada impian untuk capai keputusan yang cemerlang...tapi selalu tak dapat apa yang nak dicapai... mungkin usaha kita terkurang di mana2 walaupun dah belajar betul2.. hanya Allah jer yang tau di mane silapnyer., kita tak menyedari...

petua menjadi pelajar cemerlang dalam Al-Quran ada disebut di permulaan surah Al-Mu'minun surah ke-23.. artikel nie diambil sumbernya dari iluvislam.. sama2 kita manfaatkan moga selepas ini kejayaan menjadi milik kita semua...jaga hubungan sesama manusia dan pastinya hubungan kita dengan Allah..insya Allah kejayaan pasti bersama... peringatan untuk diri sendiri jugak :D

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3. Prioriti (Mengutamakan apa yang utama/penting)
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpamanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
4. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
7. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, September 21, 2011

Cerpen - Luka Semalam

Views
nota: cerpen ini bukan hasil karangan dari pemilik blog..sekadar ingin berkongsi... 
sumber dari laman web iluvislam.com... 

***********************************************************************************************************************
Safiyya masih duduk berteleku di atas sejadahnya usai solat Isyak. Malam itu terasa asing sekali baginya. Peristiwa 6 tahun lalu kembali membebankan fikirannya. Iqmal pula sekadar memandang simpati pada isterinya. Apa yang dapat dia bantu isterinya, telah pun terlaksana. Dia membawa luka hati isterinya jauh dari keluarga sendiri. Harapannya supaya sang isteri kembali tersenyum dan bahagia di sisinya.
7 tahun pernikahannya dengan Iqmal membawa kebahagiaan dan Iqmal adalah cinta sejati yang dikirim Tuhan buatnya seperti yang dia selalu sebut dalam doa-doanya. Tapi bagi sesetengah ahli keluarganya, dia bagaikan perampas kekasih orang!. Dia adalah orang yang langsung tak kenang budi!
"argh! bukan salah aku!", desis hati kecil Safiyya. Baginya, itulah ayat yang selalu menyedapkan perasaannya.
Iqmal menggeleng kepala apabila mendengar esakan Safiyya menjadi-jadi. Iqmal jadi serba salah.'barangkali, Fiya teringat kejadian itu', Iqmal bermonolog sendirian.
Buku di tangannya ditutup rapi. Daripada pembaringannya, dia duduk pula kerana mulai risau akan si isteri.
"Fiya, kenapa menangis?", Iqmal mulakan bicara.
Safiyya cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tak mahu Iqmal terasa hati kerana dia teringatkan peristiwa 6 tahun dulu.
"Tak ada apa-apa. Fiya cuma selsema sikit", Jawabnya berbasi-basi.
"yeke awak selsema nie?. Makan ubat dah?", Iqmal mencari kepastian
"err.. dah. Panadol saja", Safiyya bangun dan melipat telekung dan sejadahnya.
Memang betul Safiyya dah telan pil penahan sakit itu bagi melegakan sakit kepalanya tengah hari tadi tapi bukan sebab selsema.
Safiyya membuka jendela di luar. Pandangannya terus ke langit gelap yang dihiasi bintang-bintang malam. Dia tersenyum dan satu keluahan berat dilepaskan. wajahnya berubah suram.
Iqmal pula hanya memandang kosong kepada isterinya. Dia betul-betul jadi serba salah. Lalu, dia keluar dari kamar tersebut seraya turun ke ruang tamu. Dan Safiyya masih di situ.
********************************
Lima bulan selepas pernikahan dia dan Iqmal, mereka sudah mampu membeli sebuah rumah di Shah Alam berdekatan sahaja dengan pejabat Iqmal. Itulah hasil daripada berjimat cermat mereka. Rasa bahagia itu bertambah apabila Safiyya sendiri telah hamil 2 bulan.
Pagi sabtu itu benar-benar memenatkan pasangan tersebut. Mereka sangat sibuk mengemas rumah baru itu. Sesekali Safiyya tersenyum melihat Iqmal mengangkat barang-barang berat bersama pekerja-pekerja indonesia yang diupah.
Kasihan pun ada, lucu pun ada. Kadang-kadang dia pun tak percaya bahawa Iqmal adalah suaminya sendiri. Alahai.. perempuan la katakan, berangan tak ingat!.
Safiyya hanya mampu membantu yang ringan-ringan sahaja. Iqmal sendiri akan bising kalau Safiyya cuba mengangkat barang-barang ke tingkat atas. Safiyya menggeleng sahaja. Malas mahu berbahas dengan pembantu pengarah di sebuah syarikat perakaunan itu.
"Awak nampak tak kotak yang isinya barang-barang dapur?", tanya Safiyya.
Diam. Iqmal sudah pun ada di luar ketika Safiyya bertanya.
"Buk, tuannya lagi diluar itu", jawab pekerja indonesia dengan loghatnya.
"oh..", Safiyya berpaling sambil tersipu-sipu malu kepada pekerja tersebut.
Safiyya berjalan keluar mencari suaminya. Dia ternampak seorang perempuan bersama Iqmal.
'Barangkali, jiran sebelah rumah', desis hati Safiyya.
"eh, Kak Maya! Baru sampai?", Safiyya menegur dan dia mula kehairanan melihat suaminya menggelabah sedikit. dan Kak Maya? Kenapa dia boleh tahu kami pindah di sini? Padahal Safiyya sendiri belum beritahu keluarga terdekatnya.
"dah lama aku sampai. saja nak melihat-lihat istana bahagia korang nie!", sinis dan kasar sekali kata-kata Maya.
Safiyya tertawa kecil. Baginya Kak Maya mungkin bergurau.
"oh ya. Ini suami saya. Iqmal namanya. Akak kan tak jumpa lagi dia. Masa kami nikah dulu, akak bercuti dengan kawan-kawan kat Singapura kan?", ramah Safiyya membuatkan Maya menjadi meluat.
"awak, nie kakak sepupu saya, Kak Maya", Safiyya menjelaskan lagi kali ini kepada Iqmal.
"masukla dulu kak", pelawa Safiyya. Iqmal masih terdiam dan menjadi serba salah.
"ehh perempuan!, jangan tunjuk baik ye!", bentak Maya dengan menunding-nunding jari telunjuknya kepada Safiyya.
Safiyya terkejut. mukanya kini benar-benar terkejut. 'apa salah aku lagi?', Safiyya jadi hairan
"ehh perampas! kau tahu tak Iqmal nie kekasih aku? Kenapa kau kahwin juga dengan dia? Dasar perempuan tak tahu malu!", Maya menuduh Safiyya.
"perampas? kekasih akak?", Safiyya keliru. Pandangannya beralih kepada Iqmal.
"awak, apa semua nie?", Safiyya gelisah jadinya.
Pandangan Iqmal terus kepada Maya. "Maya! hubungan kita dah lama berakhir, cukup Maya! Kau yang tinggalkan aku terkapai-kapai. Kau yang ada lelaki lain kan? Kau lupa ke macam mana kau tinggalkan aku 2 tahun dulu? Kau hina mak bapak aku, Maya.", Iqmal menjelaskan. Terasa geram sekali dengan perempuan itu. Walaupun bertudung litup, tapi hatinya kotor!
Safiyya terduduk di lantai. Dia terasa seram sejuk dan wajahnya mulai pucat.
"Iqmal, maafkan I, sayang. Kita boleh mula lagi sekali kan. U kan masih sayangkan I? Ingat tak kita dah janji nak kahwin, lepas tu kita nak berbulan madu di Paris?. Sayang, ingatkan?. Ceraikan sahaja perempuan ni. I sanggup terima u walaupun duda.", rayu Maya sambil memegang tangan Iqmal dan memeluk erat lengannya.
Safiyya menutup telinga dan matanya. Dia rasa berdosa melihat perbuatan anak Mak Longnya itu. Iqmal menolak Maya ke tepi. Seraya mendapatkan Safiyya di lantai.
"pergi mampus dengan semua tu! Baik kau pergi sekarang. Muka kau buat aku muak tahu tak!?," Iqmal menghalau Maya.
Maya geram. "oh!. I tahu permainan you. you kahwin dengan dia, sebab nak dekat dengan I kan?. Tak apalah sayang, I sanggup tunggu you. Take your time ok!. bye sayang!", Jawab Maya lalu berjalan terkedek-kedek meninggalkan perkarangan rumah dan mendapatkan keretanya.
Safiyya bangun. Rasa sakit hatinya mula menghasut jiwa. Dia hilang arah. Lalu masuk ke rumah dan terduduk di sofa baldu merah. Iqmal mengekori belakang sambil menyuruh pekerja-pekerja upahan itu pulang selepas selesai kerjanya. Iqmal duduk dilantai mendekati isterinya.
"Sayang. Maafkan saya. Ya. saya mengaku dulu kami pernah bercinta. Saya sayang dia sangat tapi dia berani hina mak ayah saya depan saya pula tu. Kami putus pun sebab dia juga ada lelaki lain. Sebenarnya dia yang tinggalkan saya macam tu saja. Saya sendiri terkilan. Tapi itu dah lama dulu. Saya berjaya lupakan dia. Dan berkat doa saya, saya jumpa awak, Safiyya. Sekarang, saya hanya ada awak." sungguh-sungguh Iqmal menjelaskan.
Safiyya tetap diam. Hatinya bagai diremuk. Apa perlukah dia percaya pada suaminya? Tak, dia tak boleh ego dengan suami sendiri. Safiyya cuba berlembut hati.
"Fiya. saya minta maaf sebab tak bagitahu awak mengenai ini. Saya sendiri tak tahu dia sepupu awak. kalau saya tahu..."

"Kalau awak tahu, awak tak akan nikah dengan saya?", Safiyya mencelah bagi mencari kepastian. Dia tahu hati budi suaminya. Orangnya penyabar dan ikhlasnya tergambar dalam renungan matanya.
"Tidak sayang. Kalau saya tahu, saya akan terus terang dengan awak. Saya sendiri terlupa tentang semua hal mengenai Maya. Awak yang melupakan saya tentang semua tu. Saya bersyukur sangat memiliki awak, sayang." Iqmal menjawab.
Safiyya tersenyum kelat kepada suaminya. Dia tak mahu Iqmal terasa dihukum. Safiyya sendiri perlu masa untuk menelan semuanya. Aduh! mesti ahli keluarga yang lain sudah pun tahu tentang ini. Macam mana dia perlu menjelaskan perkara sebenar?.
Safiyya bangun dari sofa.
"fiya", panggil Iqmal.
"saya nak masak". Jawab Safiyya ringkas.
Senyuman Safiyya sebentar tadi cukup memberitahu Iqmal betapa hatinya terluka. Iqmal melepaskan keluhan berat.
Kandungan Safiyya sudah mula membesar. Sudah 6 bulan. Dia terasa bahagia. Iqmal yang paling risaukannya. Ibu mertuanya, Mak Limah juga sama. Asyik sahaja ke rumah mereka untuk temankan Safiyya. Katanya risau Safiyya duduk rumah seorang diri kalau Iqmal ke pejabat.
Safiyya tersenyum dengan telatah ibu mertuanya itu. Mak Safiyya pula ke sini selalunya pada hujung minggu sahaja. Iqmal pula pandai membahagikan masa di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang, kerja pejabatnya dibawa ke rumah.
'Syukur padaMu, Ya Allah  atas bahagia ini', Safiyya bersyukur.
Selama dia mengandung, Safiyya tidak pernah mengidam bukan-bukan lagi.
Sampai satu malam tu, dia mengejutkan suaminya.
"Awak, bangun kejap, saya nak cakap nie, bangun la kejap", sambil mengoncang tubuh suaminya.
"urm... apa dia?", mata Iqmal antara buka dan tutup. Tapi digagahkan juga untuk bangun.
"Saya nak makan daging itik la. Kita balik rumah mak saya ya?. Esok kita balik ya. Saya nak yang ayah saya sembelih sendiri. Lepas tu bakar. Mesti sedap!" Safiyya meminta bagai anak kecil.
"Hah?! Itik? sekarang ke?", Iqmal terkejut
"Bukan, bukan sekarang. Saya tahu awak mengantuk lagi. Esok kita balik rumah mak saya ya.", Safiyya menjelaskan lagi.
"Esok? Itik? Balik rumah mak?ok. Kita tidur dulu ya",  Iqmal memujuk.
Tersenyum lebar Safiyya lalu kembali berbaring.
Keesokkan harinya, Safiyya dan Iqmal sampai di rumah mak dan ayahnya. Hanya 1 jam perjalanan dari rumah mereka. Safiyya dengan terujanya mendapatkan ayahnya di belakang rumah. Di situ juga ditempatkan ladang itik kepunyaan ayahnya.
'Mesti sedang sibuk bagi makan pada itik-itiknya la tu', desis Safiyya.
"Assalammualaikum..", sopan Safiyya menyalami ayahnya.
"Waalaikummusalam. Eh. Anak ayah dah balik. Iqmal mana?"
"Ada di depan, ayah. Fiya nak makan daging itik la. Ayah sembelihkan ya. Lepas itu, kita bakar", Safiyya cepat-cepat memberitahu hajatnya seperti merengek-rengek
Pak Rahman mengeleng kepala dan tersenyum melihat anaknya yang mengidam itu. Safiyya adalah anak yang paling rapat dengannya. Padanya, Safiyya yang paling mendengar kata, jadi dia sangat berbesar hati melakukan apa saja untuk anaknya itu. Tetapi Pak Rahman tidak pernah pilih kasih dengan 4 orang anaknya lagi.
"Boleh fiya. Dah salam mak belum?", Pak Rahman bersetuju dan bertanya
"Belum. hehe.." Safiyya hanya tersengih.
"Kereta siapa di depan tu, ayah?", tanya Iqmal sambil menyalami Pak Rahman.
"Honda warna biru tu?" Iqmal mengangguk.
"Anak Mak Long kau punya tu, si Maya. Katanya nak makan tengah hari bersama. Mak Long pun ada tu.", Jawab Pak Rahman tenang.
Iqmal dan Safiyya berpandangan
"Dah. pergi masuk dulu. Ayah nak pilih itik yang mana nak kena sembelih nie.", ayah bercakap sambil memanjangkan lehernya mencari itik yang sesuai.
Iqmal dan Safiyya berjalan tenang ke dalam rumah. Sempat Safiyya menjeling dengan ekor matanya kepada perempuan berbaju biru dengan seluar jeans dan tudung putih di kepala yang dikemas rapi duduk di sudut ruang tamu. Safiyya sebenarnya tak sanggup menatap wajah kakak sepupunya itu. Terasa sakitnya kembali menusuk. Dia terus ke dapur melalui ruangan tengah.
"Mak", Safiyya menyalami emaknya yang sibuk di dapur. Diikuti dengan Iqmal.
"Hurm, dah balik kamu. Mimpi apa ke mari?", Mak Siti menegur anak menantunya itu sedikit sinis.
"Fiya teringin nak makan daging itik katanya, itulah dia ajak ke mari", Iqmal tenang menjawab.
Dia sebenarnya dah berasa tak sedap hati sejak dalam kereta lagi.
Mak Long hanya memerhati tingkah mereka. Safiyya menyalami Mak Longnya juga sambil tangan Mak Longnya mengusap lembut kepalanya. Safiyya tersenyum. Ada simpati di mata Mak Longnya. Bagaikan mengetahui apa yang berlaku antara Safiyya, Iqmal dan Maya.
"Sihat, Fiya?", tanya Mak Long.
"Sihat, Alhamdullillah."
"Baby dalam perut sihat?" Mak Siti pula menyoal.
"Baby lagi sihat", Safiyya menjawab bahagia.
"Hah! dah balik rupanya perempuan nie?", Maya menyergah dari belakang Safiyya.
Safiyya sedikit terkejut, lalu pura-pura membantu Mak Siti membasuh pinggan.
Iqmal hanya melihat geram. Dia sudah berdiri di pintu dapur yang menghadap ladang itik Pak Rahman.
"isy! Maya ni, kenapa kasar sangat bahasa tu. Mak tak ajar pun", Mak Long menegur anaknya.
"Rasanya, Mak Siti pun tak ajar anak dia jadi perampas kekasih orang!", Tambah Maya lagi.
Berderau darah Safiyya mendengarnya. Dia menjadi seram sejuk. Rasa nak pitam pun ada. Dia menutup paip air yang digunakan tadi. Mak Long dan Mak Siti saling berpandangan.
'Ya Allah, jauhi aku dari permusuhan ini', doa Safiyya.
Maya mendekati Mak Siti. Dia cuba mengapi-apikan makciknya itu.
"Mak Siti tahu tak, Iqmal ni sebenarnya kekasih Maya. Safiyya yang tak tahu malu tu yang berani-beraninya berkahwin dengan kekasih kakak sepupu dia sendiri".
Mak Siti memandang Safiyya bagi mencari kepastian.
"Eh. Iqmal. Apa yang you nampak pada Safiyya tu? Dia ada diploma je. I ni, ada master, ok! Sekarang I ada kerja besar lagi. You pun boleh tumpang sekaki. Ingat tak janji you dulu pada I. Kita kan dah rancang nak kahwin juga", Maya cuba merayu pada Iqmal sambil tangannya mengapai lengan Iqmal. Tapi sayang sekali, kata-kata Maya hanya mencabar kelakian Iqmal.
Safiyya menjadi geram. Dia mendekati Maya dan menepis tangannya.
"Akak! Cukup dengan semua ni. Dia dah jadi suami saya. Dia milik saya. Akak tak ada hak nak pegang-pegang suami saya. Iqmal suami saya. Terimala kenyataan. Cerita 2 tahun dulu sudah tamat buat akak dan Iqmal. Sanggup akak buat macam ni? kenapa? Iqmal dah ada jawatan besar sekarang, baru akak nak terhegeh-hegeh dengan dia kan? betul kan?!".
Pang!
"Fiya!", Iqmal dan Pak Rahman menjerit memanggil.
Satu penampar melekat di pipi Safiyya. Dia terjelepuk jatuh ke lantai. Air matanya gugur. Hatinya sakit sekali. Tak dapat digambar perasaan itu. Iqmal mendapatkan isterinya. Pak Rahman yang baru masuk dari luar meletakkan bekas yang berisi daging itik yang baru disembelihnya.
Mak Siti geram jadinya. Dia tidak semena-mena menampar Safiyya yang tidak bersalah.
"Kenapa Fiya rampas Iqmal dari Maya?," Tanya Mak Siti sambil bertalu-talu memukul lengan Safiyya yang masih di lantai. Iqmal cuma menunduk. Maya sudah tersenyum puas. Hatinya bernyanyi gembira.
'Rasakan itu, perempuan!', hati Maya berkata.
"Kalau korang nak tahu, dah 2 bulan aku ikut korang berdua sampailah kita jumpa dekat rumah baru korang tu!", Maya bersuara lagi disambung dengan ketawa jahatnya.
Pang!
Kali ini Maya pula yang ditampar Mak Long. Maya memegang pipinya.
"Kenapa mak ni?", Maya memarahi ibunya.
"Kenapa kau tanya? Eh. Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi untuk jadi orang yang berilmu, berbudi bahasa, berakal. Apa aku dapat sekarang. Eh. kalau sekalipun kau dapat ceraikan mereka, apa gelaran untuk kau pulak? Perampas laki orang?", jawab Mak Long kasar sambil menonjol-nonjol kepala anaknya. Mak Long terasa menyesal dan malu dengan perbuatan anaknya. Mujur tiada saudara lain di situ.
Pak Rahman menghampiri Iqmal.
"Bawa dia pulang, nak. Bawa dia pergi jauh dari sini". Iqmal mengangguk. Lalu dia memapah Safiyya keluar dari dapur.
"Ingat Maya, kau dah hina mak ayah aku dulu masa aku masih miskin. Sekarang kau dah ludah, kau nak jilat balik? Kotornya hati kau, busuk!", Iqmal sempat mencemuh Maya.
Mak Siti masih menangis teresak-esak di lantai. antara kecewa dan kesal kerana memukul Safiyya.
Malam itu, Pak Rahman sanggup menghantar bekalan itik bakar buat Safiyya. Kasihan terasa kerana gara-gara mengidamkan itik bakar, anaknya ditimpa pukulan hebat sekali. Semasa Pak Rahman tiba, Safiyya dilihat duduk termenung di jendela dapur.
'Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anakku, Safiyya. Berikan bahagia buatnya', doa Pak Rahman.
"Fiya, ayah datang nie", beritahu Iqmal.
Safiyya berpaling dan tersenyum manis buat ayahnya. Dia menyembunyikan rasa kecewa itu. dalam hatinya tertanya, 'kenapa maknya tidak ikut sekali. Barangkali mak kecewa dengan aku. tapi adakah ini salah aku?'
"Ayah". Safiyya segera mencium tangan ayahnya
"Ini untuk Fiya dan cucu ayah", Pak Rahman menghulur bungkusan kepada Safiyya sambil tersenyum simpati.
"Terima kasih, ayah".
Iqmal mempelawa Pak Rahman duduk di ruang tamu. Sambil menonton rancangan di televisyen, mereka berbual kosong. Safiyya datang menghidang minuman dan itik bakar tadi. "Jemput minum ayah, awak sekali ya", seloroh Safiyya pada Iqmal dan Pak Rahman
'argh! Safiyya memang pandai menyembunyikan perasaan kecewanya', desis Iqmal
Safiyya duduk di atas permaidani berdekatan meja. Senang baginya duduk dibawah sambil makan itik bakar.
"Fiya ikut Iqmal pindah ke Jordan juga", tanya Pak Rahman.
Safiyya diam. Sebenarnya, sejak petang tadi lagi Iqmal dah bertanya kepada Safiyya namun dia masih memikirkan jawapan ke Jordan. Akhirnya, dia mengangguk. Biarlah dia dan Iqmal mulakan kehidupan baru di sana dan sememangnya, Safiyya tidak meragui Iqmal.
"Bagusla. Harap Fiya bahagia di sana ya, nak.", Pak Rahman berharap lagi.
"InsyaAllah, ayah. Lusa kami akan berangkat." Jawab Safiyya.
"Yeke. awalnya? Rumah ni?", Pak rahman jadi hairan.
"emm, dah ada penyewa, ayah. Mereka sanggup bayar lebih kerana perabot juga ada walaupun tak banyak. Kami cuma perlu bawa pakaian dan barangan penting sahaja. Di sana juga ada apartment buat kami. Kerja banyak di sana, jadi saya terpaksa pergi awal.", Iqmal mencelah.
Safiyya mengangguk lagi. "Ayah tolong tengok-tengokkan rumah ni ya", pinta Safiyya.
Pak Rahman tersenyum.
Tiba di lapangan terbang, Safiyya duduk kepenatan. Dia sudah sarat sebenarnya dengan kandungannya. Cuma Mak Limah dan Pak Jalil yang menghantar mereka. Maklumlah, Iqmal sebenarnya anak tunggal. Safiyya menunggu ayahnya. Perasaannya gelisah. Takut-takut ayahnya terlewat dan mereka tak sempat bertemu.
"Jangan risau, ayah mesti datang", Iqmal cuba menenangkan isterinya.
Selang beberapa minit, Pak Rahman datang bersama keluarga kakak sulung Safiyya, Sakinah. Safiyya tersenyum. Namun Mak Siti tidak kelihatan. Hatinya hampa.
"Jaga diri baik-baik, nak", Pak Rahman berpesan sambil mengusap kepala Safiyya yang tunduk mencium tangannya.
Safiyya tersenyum lagi. "kirim salam saya buat mak" Pak Rahman mengangguk.
Seterusnya, Safiyya merapati Sakinah. "Jaga ayah dan mak untuk saya ya", sambil memeluk kakaknya."
"Baiklah. Kamu tu, jangan banyak sangat fikir. Kirim e-mail bila kelapangan pada kakak tau. Kakak nak tengok anak saudara yang satu ni", pesan Sakinah sambil memegang lembut kandungan Safiyya.
Ada air jernih membasahi pipi Safiyya dan Sakinah. Namun mereka tetap tersenyum.
Kapal terbang Air Asia itu meninggalkan bumi Malaysia seperti Safiyya sendiri, meninggalkan segala kepahitan yang dirasanya..
************************************
"Fiya, minum dulu sayang", Iqmal menghulurkan coklat panas. Satu untuk Safiyya, dan satu lagi buat dirinya. Lamunan Safiyya terhenti dengan pelawaan Iqmal. Sedari tadi Safiyya merenung keluar jendela malam.
"Awak. kita balik raya tahun ni ya?", Safiyya bertanya. Iqmal terdiam. Dia merenung ke arah Safiyya. Dia takut luka isterinya akan berdarah lagi.
"Awak janganla takut. Saya cuma nak bawa Aman balik jumpa atok dan neneknya. dah 5 tahun anak itu. Ibu awak pun mesti nak tengok cucunya kan?", Safiyya menyakinkan Iqmal.
"Ok. Kita pun dah lama sangat beraya kat sini. Rindu juga saya pada mereka", Iqmal menambah.
Safiyya duduk di lantai bersebelahan suaminya. Kepalanya diletakkan betul-betul di atas peha Iqmal yang duduk di atas kerusi.
"Awak, maafkan saya atas segala yang berlaku pada kita bertahun dulu. Luka saya dah pulih. Saya percayakan awak sebab itu saya akan pertahankan awak. Biarla yang berlalu itu saya simpan jadi sejarah atau mungkin boleh saya buang sahaja. Asalkan kita tetap bersama kerana cintakanNya", Safiyya kepiluan
Iqmal meletakkan cawan yang dipegang. Rambut Safiyya di usap lembut.
'Ya Allah, Kau telah kurniakan aku isteri yang solehah. Moga cinta kami sentiasa di landasan Mu, Tuhan', doa Iqmal dalam hati
"Awak tak salah. Saya yang bersalah. Jangan risau, sayang. Selagi ada jodoh kita, hanya ajal memisahkan ikatan pernikahan ini.", Iqmal berjanji
"Terima kasih, sayang", Safiyya membalas.
'Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sebaik-baik suami. Jangan Kau hilangkan rasa cintaku ini padanya dan jangan pula Kau lekakan kami dengan cinta ini', hati Safiyya berbisik.
Safiyya tersenyum dan berharap agar Syawal tahun itu membahagiakan mereka sekeluarga.
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Handphone Baru Lagi......

Views
Hai... tengok tajuk entry nampak macam ada handphone baru lagi kan....(nampak macam kaya jer pemilik blog nie..padahal kayap..hahahaha:D).... okeh, gara2 handphone nokia 3110 classic saya rosak dan kos nak perbaiki pon lebih mahal dari beli hp baru..lebih baek beli hp baru yang murah jer kan... janji dapat call & mesej... tanggal 16/09/2011 hp baru telah dibeli..apa entah nama hp nie...haha..tapi ade torchlight kat atas dia.... boley suluh2 kalau2 xde letrik..hahaha....
apa nama hp nie...hahaha..  .












inilah hp tu..... amanah daripada mak tersayang, jaga hp nie elok2.... murah jek tapi amat penting dalam hidup...sedih melihat duit2 berterbangan ke arah kakak kat kedai hp 2 tapi nak buat macam mane..kita hanya merancang... ini satu keadaan yang tak diduga...hukhuk..T_T  Jadi berlakulah perbelanjaan x diduga..nasib baek masa awal semester... duet ade lagi... alhamdulillah... apa yang berlaku ada hikmahnya.... :D
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tahun Terakhir Di Labuan

Views
Assalamualaikum.... lama dah tak update blog.... xde idea.. hahaha... ok, kali nie nak cerita pasal tahun terakhir di Labuan..insya Allah.... harap2 nya berjaya menghabiskan sesi pengajian tahun depan, cepat kerja n cepat kahwin... haha...habis jer cuti selama 3 bulan lebih di rumah terchenta, tanggal 9 haribulan September balik ke Labuan untuk tahun terakhir.... ok, gerun di situ.... dah final year.... kena belajar bet0l2 dah... tak leh maen2 lagi... need to grade with an excellent result...


subjek yang diambil agak mencabar (yelah nama pun dah final year, takkan la nak bagi yang senang2 lagi macam first year kan)... INTERNATIONAL MACROECONOMICS, INTERNATIONAL INVESTMENT, ADVANCE ECONOMETRICS FOR INTERNATIONAL FINANCE, INTERNATIONAL ECONOMIC INSTITUTIONS, BUSINESS COMMUNICATION... k itu subjek teras dan kena ambil satu subjek elektif...ISLAMIC ECONOMICS.. banyaknyer antarabangsa kan.... dah pening kepala kat situ..tapi xpe..insya Allah boleh... doakan saya yer...

tahun 3 nie jugak budak junior baru masuk...hahaha...tak boleh gatal di sini... selamat datang diucapkan kepada adik2 junior kos saya khasnya dan seluruh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan amnya... moga kalian semua enjoy hidup di sini dan berjaya dalam kos masing2... jangan cepat putus asa...berusaha sehabis mungkin...:D





Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tuesday, September 20, 2011

Ulang Tahun Kelahiran

Views
hari nie 20 haribulan september 2011.... sudah genap usia 22 tahun usia....terima kasih atas segala ucapan selamat dari family, yang tersayang, rakan2 di mukabuku, di kampus @pun kenalan dari sekolah.... banyak ucapan dari anda semua.... terima kasih yang tak terhingga kepada yang mengingati tarikh hari ini.... semoga Allah juga merahmati kita semua.....

22 tahun yang lalu lahir seorang budak pompuan bernama Hajar Atikah Nazirah ke dunia...terima kasih kepada mak yang mengandung,melahirkan, menyusukan dan menjaga baby itu dari sekecil tapak tangan hingga dah besar sekarang..... seorang yang dilahirkan tak sempurna dari tahap kesihatan alhamdulillah masih mampu untuk berdiri sendiri di perantauan.... syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara dan bernafas di muka bumi..... terima kasih di atas segala kurniaan-Mu..di atas segala kebahagiaan yang Engkau berikan...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG