Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Wednesday, November 30, 2011

Peserta Segmen Review Blog Cik Hany

Views

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

SEGMEN: AZAM 1433H & TAHUN 2012

Views



hai semua..selamat tengah hari.... minggu nie Cik Hany tak banyak kelas..yeahhh.. jadi curi masa jap update blog... kali nie Cik Hany nak join segmen dari Masrina..dijemput oleh tuan empunya blog sendiri....:D

Syarat2 segmen nie:-
Follow Blog INI (X Wajib)
Tulis tajuk entry : SEGMEN : AZAM 1433H & TAHUN 2012
Letakkan BANNER di atas dan linkkan ke entry ni.
Dalam entry korang ceritakan @ senaraikan :
=> Apa azam korang
=> Azam yang belum tercapai dr thn sebelumnya
(Kalau korang nak sambung azam lama hingga tercapai)
=> Harapan korang sempena thn baru ni...
Hantarkan URL ENTRY ke ruang komen.
Tarikh tutup : 31 Disember 2011 (Jam12.59 Malam)


a) Azam Cik Hany
- Cik Hany nak berubah ke arah yang lebih baik =>menjadi hamba Allah yang lebih taat, menjadi anak yang lebih baik untuk mak dan abah, menjadi kakak yang baik kepada adik2, menjadi sahabat yang baik untuk kawan2, menjadi pasangan yang lebih baik, memahami dan setia kepada incik tunang (ehh..semua baik nie...mesti lah :D)
- dapat habiskan degree tahun depan, satu sem lagi
- nak dapat 3.00 pointer sem nie..final dah tak lame lagi @_@
- menjadi insan yang lebih sabar, tabah, kuat menghadapi rintangan hidup & lebih bersyukur atas kurniaan-Nya..

b) Azam yang belum tercapai
- nak naikkan berat badan...haha..
- nak dapat duet hasil titik peluh sendiri (kne kerja dlu la kan..)

c) Harapan sempena tahun baru
Cik Hany harap sangat Cik Hany dapat capai azam yang Cik Hany senaraikan tu... moga lebih erat hubungan dengan Allah, family, kawan2 dan incik tunang... harapan yang satu=> hubungan Cik Hany dan incik tunang disatukan dengan akad nikah tahun depan..insya Allah..:D


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Hancur Harapan...Kecewa

Views

hai semua.... selamat tengah malam... lame tak mengupdate blog nie... busy sangat2..tambah2 tinggal lgi berape minggu jer lagi nak final exam dan assignment masih berlambak beserta presentation... ooo, tidak...

jadual final exam dah keluar... hancur sudah harapan Cik Hany untuk balik pde 18hb januari 2012 sebab last tiket murah pada hari tu... tiket pada tarikh lepas tu memang mahal ok!!! 300 hengget ke atas..... untuk SEHALA jer...nie bukan tiket feri..tiket belon @ kapal terbang @ aeroplane...blaja pun jauh bebeno kat Labuan kan..haha...

apa patut dibuat... tunggu promosi..harap sangat ada promosi..amat2 mengharap...korang2 doakan lah jugak yer... student macam Cik Hany bukannya banyak duet pun..tambah2 dah ujung2 sem nie, lagi nipis poket... MAS dan AIR ASIA tolong lar turunkan harga tiket..nak balikkkk.... T___T

Cik Hany bajet untuk habis exam pada 18hb tengah ari tapi exam ade la pulak petang...jam 5 pulak tu habis... memang comel lar..flight last kul 5.20petang.. tak sempat den nak kejar... waaa... balik lar esoknyer ataupun lusa... hukhuk....

katahati: sedeyh gler...nasib baek family dengan putera hati bagi support..hepikan balik..janji balik...



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tuesday, November 22, 2011

Sedikit Perkongsian

Views



Tahniah Malaysia kerana menjuarai game bola sepak semalam...Cik Hany tahu pun sebab tanya kawan... tak pergi tengok pun.. oo, ye kat UMSKAL nie, ada tayangan besar-besaran... terbaik lar... memang bes jer dengar..hahaha...Cik Hany busy buat assignment 24 jam..hari nie kena hantar yer..ooo..tidak...nasib baik siap..:)

ok, bukan itu nak cerita, mukadimah jer tu..hahaha... semalam sembang2 dengan kawan2 Cik Hany pasal Minggu Suai Mesra a.k.a orientasi pelajar2 baru hari tu..terkeluar la satu cerita sedih..Cik Hany terfikir kenapa masih ada lagi orang yang macam nie..wallahualam...

ada seorang ibu menghantar anaknya ke Kota Kinabalu untuk sesi orientasi..kami di Labuan memang akan ke kampus induk untuk orientasi dulu.. ibu tuh berkerusi roda.... ibu bapa akan ada satu sesi bersama TNC..makanan pun mesti lar sedap2 kan... ibu nie ambil makanan tu dan pegang sambil tunggu anak dia keluar dari sesi pendaftaran..dari jam 10 pagi ok!!! sampai ke petang... tak jugak anak dia keluar2 cari dia..rupa2 nya anak dia dah terus pergi ke kolej kediaman... menunggu la si ibu dengan harapan nak bagi anak dia makan makanan tu... tapi hampa.. kesedihan yang teramat sangat ibu tu rasakan...

korang boleh bayangkan tak perasaan seorang ibu yang sanggup tunggu anak dia macam tu sekali??? Cik Hany pun tak dapat nak bayangkan... sedangkan Cik Hany yang dah 3 tahun duduk jauh dari family tiap2 hari akan call mak Cik Hany sebab rindu sangat..

buat adik tu, Cik Hany tak tahu apa sebenarnya yang terjadi..tapi andai tak mahu ibu menghantar hingga ke kolej kediaman kerana berkeadaan begitu, sekurang2nya jumpa lar ibumu dulu..jangan buat begitu.. wallahualam..hargailah ibumu selagi dia masih ada... perginya nanti tiada pengganti.. jangan sesekali kecilkan hati orang yang mengandung dan melahirkanmu...


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

SEGMEN MEGA BLOGWALKING DAN KENALI BLOGGER

Views



Segmen lagi..hehe...jom ramai2 join... Cik Hany tag semue rakan2 a.k.a follower2..

Nama diberi: Hajar Atikah Nazirah Yaacob
Nama di blog: Cik Hany @ Atikah Nazirah
DOB: 20/09
Umo: 22
Status: Taken by Incik Y a.k.a Incik Tunang
Student Degree di UMS, Labuan
Bakal grade insya Allah tahun dpn
anak kpd mak abah, kakak kpd 3 adik, sahabat kpd Zulaika

kalau orang tak kenal rapat, akan kata Cik Hany sombong..sebab muka yang macam serius jek & tak banyak cakap..sebenarnye tak, saye sopan jer taw, baik lagi..haha :p..
tak kenal maka tak cinta..don't judge a book by its cover..ecehhh..hahaha...
orang yang betul2 rapat dan kenal Cik Hany tahu bagaimana Cik Hany sebenarnyer...




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, November 21, 2011

Bila Rasa Lemah Itu Menjelma

Views



Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!

Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.

Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.

Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :

Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa

Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.

Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?

Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:

Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.

Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?

Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?

Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!


credit: www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3691-bila-rasa-lemah-menjelma.html

p/s: selalu rasa lemah itu menjelma dalam diri...berat dugaan yang harus dihadapi..namun akhirnya berserah kepada Allah..bersabar dalam menghadapi ujian mendatang... masih ramai yang lebih tak sempurna dan diuji dengan dugaan yang berat dari diri ini..


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Kenangan STPM 2008

Views


Hai semua... hari nie dah bermula peperiksaan STPM buat semua pelajar tingkatan 6 atas di seluruh Malaysia.. peperiksaan terbesar dalam zaman persekolahan... Cik Hany memang dari STPM... tak perlu malu untuk cakap malah Cik Hany bangga menjadi bekas pelajar STPM sebab dari STPM lah Cik Hany berjaya melangkah kaki ke menara gading....

teringat balik kenangan masa ambil exam dulu... sahabat baik Cik Hany, Zulaika akan datang seawal jam 6.30 pagi untuk ambil Cik Hany di rumah dan kami sama2 akan pergi ke sekolah... balik pun dia akan hantar juga.. kadang2 Cik Hany akan pergi dan balik dengan mak... cuma kebanyakan masa kami bersama sebab lepas jer exam habis, memang susah untuk kami berjumpa...

dah 4 tahun kenangan itu berlalu..kejap jer..masa tu umur baru 19 tahun..sekarang dah 22..haha... kenangan tu tetap tersimpan dalam hati... kenangan yang tak akan dapat diganti... Cik Hany rindu sangat2 zaman form 6 dulu.... peduli lar apa orang nak kata.... Cik Hany bangga di mana Cik Hany berada sekarang... jangan perkecilkan form 6...

kepada adik2 yang mengambil peperiksaan STPM, pesanan untuk anda semua... lepas exam tolong jangan bincang dengan kawan2 ape soalan yang kluar... mase nie emosi akan menganggu..tak semua orang akan dapat buat paper tu dengan baik..kalau kamu semua dah usaha insya Allah result akan baik... yang penting dah lakukan yang terbaik... teruskan perjuangan dengan paper2 laen..jangan memikirkan ape yang dah berlaku...good luck & all the best untuk semua calon2 peperiksaan STPM 2011... :)




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, November 19, 2011

Kasih Sayang [Perumpamaan Rumput]

Views


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walu sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik".

Cikgu: "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..."

p/s: Hargailah orang yang sayang kita kerana bukan mudah nak jumpa orang yang sayang kita berbanding kita sayang seseorang. Apabila kita berada dalam hati seseorang, kita merupakan yang istimewa.


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, November 18, 2011

Dugaan

Views


Hai semua...lame kan tak nampak Cik Hany?? Cik Hany tak dapat nak update blog dan on9 sangat..banyak betol dugaan Cik Hany ujung2 sem nie..kabel broadband Cik Hany tak dapat diguna... modem lagi satu pun susah sikit nak 0n9.. memang Cik Hany payah nak on9.. tambah lagi bateri lappy Cik Hany rosak.. hmm... duet dah xcukup nak beli baru..T__T

waaa.... tension sangat nie... banyak assignment memerlukan internet... esok Cik Hany nak pergi cari kabel untuk broadband..harap2 dapat... hmm..dalam hidup memang banyak dugaan... moga Allah berikan Cik Hany kekuatan untuk hadapi semua nie...

p/s: barang mak kirim tak sampai lagi...huhu...bila nak sampai nie?? seminggu lebih dah..T__T


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, November 16, 2011

WW #2

Views







I wish there is someone for me like that..


credit for image : facebook [Book of Quote]



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, November 14, 2011

Layout Baru

Views


Hai korang semua...taraaa... Cik Hany dah ubah dah design blog..sebelum nie 3 column skang dah 2 column jer..nampak macam kemas sikit kan dari sebelum nie...hehehe...

kali nie tak banyak kerja yang perlu Cik Hany buat untuk ubah blog nie..tapi penat kot..hahaha... Cik Hany tukar shoutbox gak.. err, ada lar yang Cik Hany tambah2 tu... kalau korang perasan lar..hehe...

Korang suka tak?? Tinggalkan komen yer kalau der sebarang komen... nak join segmen Cik Hany untuk review pon ok...


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Segmen: Review Blog Cik Hany

Views
PERHATIAN: Ini adalah entry melekat..sila scroll ke bawah untuk entry terbaru




Hai semua..:) sihat tak hari nie? harap semuanya sihat..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Cik Hany nak buat segmen pertama Cik Hany.. Cik Hany nak tahu pandangan korang semua tentang blog Cik Hany..sapa2 yang join Cik Hany akan masukkan blog korang dalam bloglist segmen Cik Hany dan Cik Hany akan buat entri untuk promote blog korang..tambahan lagi sape2 ada banner sendiri, banner korang akan masuk scroll box Cik Hany di sebelah kanan tu.

Syarat2nya:
  1. Follow blog Cik Hany
  2. Follow fanpage blog Cik Hany kat sebelah kanan tu..*tak wajib
  3. Copy banner kat atas dan letak kat entri korang, link ke entri nie taw
  4. Buat entri bertajuk Segmen: Review Blog Cik Hany
  5. Ikhlaskan diri untuk review blog Cik Hany (kekurangan @ kelebihan) dan sertakan sekali cadangan korang untuk memperbaiki blog nie..:) *(Cik Hany terima dengan hati terbuka)
  6. Dah siap, sila tinggalkan link penuh entri korang kat kotak komen di bawah
  7. Tinggalkan link anda di link exchange di bawah yer..
  8. Tarikh tutup: 30 November 2011
*kalau nak tag kawan2 blogger pun boleh :)
*senarai peserta akan diupdate terus dalam bloglist segmen Cik Hany dan dalam entri senarai peserta
* Cik Hany akan promote blog korang lepas tarikh tutup

Cik Hany dah disabled right-klik so korang boleh copy jer banner tu k..

p/s: Harap banyak orang join..:)



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, November 13, 2011

Layout??

Views

Cik Hany nak minta tolong nie... mintak pendapat korang mana lagi ok?? Cik Hany pakai layout 2 column atau 3 column gak tapi di sebelah kanan...kiranyer lebih tersusn dari blog nie... huhu tolong3... tinggalkan komen korang yer..Cik Hany nak edit blog nie..


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

SEGMEN: BLOG pakjoe BERAT TAK?

Views



Hai semua...mari ikut segmen...segmen dari pakjoe..Kalau nak join boleh klik banner di atas atau klik sini

tarikh tutup ahad 11.59 malam..hari nie lar..sempat jer lagi..mari semua join..:)

=> blog pakjoe tak berat lar..ok jer loading..hehe..laju jek...mungkin berat kalau line internet tu lambat...:)

Cik Hany nak tag: erah, oshin, puteri riang


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Doa Selepas Azan

Views


"Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan.Berikanlah kepada (Nabi) Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (di Hari Akhirat kelak) pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan."


Pengajaran doa:
- Rasulullah bersabda: Sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafaat baginda di Hari Akhirat kelak. [Shahih al-Bukhari, no:579]
- Dianjurkan membaca selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu: "Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad." [Shahih Sunan Abu Daud, no.523]
- Berdoa apa jua yang dikehendaki kerana tempoh di antara azan dan iqamah ialah saat mustajab untuk berdoa [mintak doa yang elok2 taw =)]
Rasulullah menekankan: Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah,oleh itu berdoalah (kalian). [Musnad Ahmad, no:12584 dengan sanad sahih]




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

14/11/11 Can't Wait

Views

Dah tengah malam rupenyer..hahaha... melayan review yang dah join dalam segmen Cik Hany dan edit2 sikit blog nie...blog akan diedit sepenuhnyer hujung bulan nie..insya Allah... nak tunggu sampai habis tarikh tutup untuk tengok reaksi dan review korang..cara nie dapat Cik Hany tau kelemahan blog nie...

Berbalik pade tajuk entry, hari nie dah 13/11/11, esok 14hb.. tak sabar nak tunggu esok..ade ape dengan esok..nanti Cik Hany update yer... hehe...:p


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, November 12, 2011

SEGMEN AUNI: BLOGLIST KEENAM AUNI

Views



Hai semua... selamat petang....
Cik Hany join segmen lagi..kali nie dari Auni..tarikh tutup esok 13.11.2011 jam 10.05 malam..
mari ramai2 join... sesiapa nak join sila klik banner di atas atau boleh klik sini




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, November 11, 2011

SEGMEN KLIK CHURP-CHURP SAMPAI CASHOUT

Views



Adik ChoCopper buat segmen lagi...mari semua join.. segmen klik ikan churp-churp sampai cash-out..ohoo..Cik Hany suka segmen nie..mari lar join ramai2... klik banner untuk join...harap2 dapat ler naik lar churp-churp Cik Hany yang kosong tu..hahaha....

iklan pun dah update...mari klik churp-churp..saling tolong menolong...:)



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG