Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

# Doa 3: Doa Memohon Hati Yang Bersih & Ilmu Yang Berfaedah

Views


hai...selamat pagi...hari nie Cik Hany nak kongsikan satu doa.. doa memohon hati yang bersih dan ilmu yang berfaedah..

Bismillahhir rahmanirrahim...
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sfat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.

(Riwayat Muslim no.2722)




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, November 13, 2011

Doa Selepas Azan

Views


"Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan.Berikanlah kepada (Nabi) Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (di Hari Akhirat kelak) pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan."


Pengajaran doa:
- Rasulullah bersabda: Sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafaat baginda di Hari Akhirat kelak. [Shahih al-Bukhari, no:579]
- Dianjurkan membaca selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu: "Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad." [Shahih Sunan Abu Daud, no.523]
- Berdoa apa jua yang dikehendaki kerana tempoh di antara azan dan iqamah ialah saat mustajab untuk berdoa [mintak doa yang elok2 taw =)]
Rasulullah menekankan: Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah,oleh itu berdoalah (kalian). [Musnad Ahmad, no:12584 dengan sanad sahih]




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tuesday, November 8, 2011

Doa Ketika Azan

Views


hai semua...selamat tengah hari..dah makan belum?? sihat tak ari nie?? harap korang semua sihat selalu.. Cik Hany nak kongsikan mengenai doa ketika azan. Kalau azan korang biasanya buat apa? Jangan borak taw..tak baik..apa lagi kalau gelak2 dan bergurau senda..tu tandanya kita tak menghormati seruan Allah S.W.T. Apa yang patut kita buat? Kita kena lah jawab azan tu..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tukang azan melaungkan azan lalu ia disambut atau dijawab dengan sepenuh hati, nescaya dia masuk syurga [Ringkasan hadis Shahih Muslim, no: 578]

Besar ganjarannya tu..jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menjawab laungan azan.

Cara menjawab ialah menyebut kembali setiap satu yang disebut oleh tukang azan. Cara menjawab adalah di sebelah kanan.
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!" - "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"
"Ash-hadu alla ilaha illallah" - "Ash-hadu alla ilaha ilallah"
"Ash-hadu anna Muhammadar rasulullah"- "Ash-hadu anna Muhammadar rasulullah"
"Hayya 'ala sholah" - "La hawla wa la quwwata illabillah"
"Hayya 'ala falah" - "La hawla wa la quwwata illabillah"

credit: majalah dara.com

p/s: yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari diri Cik Hany sendiri..wallahualam


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG