Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Monday, October 31, 2011

Siapa Follower Ke-100????

Views

Selamat petang.... Cik Hany bukak kejap jer blog nie... perlu fokus untuk mid-term esok.. doakan Cik Hany yer...

Alhamdulillah, follower Cik Hany dah ada 88 orang..terima kasih banyak2... Siapa yang bakal jadi follower ke-100 Cik Hany??? tinggal lagi 12 orang nie untuk mengetahuinyer... Cik Hany pun tak sabar nak tau nie..kita tunggu dan lihat jer lah yer...



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Cik Hany kena tag!!!

Views


Selamat tengah hari... kita dah berada di hari terakhir bulan 10..esok bakal melangkah ke bulan 11..insya Allah... bukak2 jer blog Cik Hany tadi, Cik Hany kena tag dengan MissD... kena jawab soalan yang MissD bagi lepas tu bagi soalan lain pulak & tag orang lain..chalo bete (kih3, cakap hindi lak)... jadi, marilah kita mulakannya...
*************************************************************************************
Rules:
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag backs.
  • No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

11 perkara tentang Cik Hany:
1. Nama sebenar Hajar Atikah Nazirah Yaacob..sebab tu singkatan Hany
2. Lahir 20 september 1989
3. Sudah menjadi tunangan kepada Mohammad Yazir
4. Sedang belajar di peringkat ijazah sarjana muda di UMS, Kampus Antarabangsa Labuan
5. Anak sulung dari 4 beradik
6. Pengumpul majalah dara.com
7. Mempunyai seorang sahabat karib, Zulayka
8. Suke benda2 comel x kira patung, keychain atau ape jer janji comel
9. Sangat sukakan warna hijau
10. Suka membaca tak kira apa bahan bacaan: suratkhabar, buku, novel, majalah
11. Seorang yang specky (bercermin mata)


Soalan2 dari MissD:

1. Who am i?
I am an ordinary person who love my life, my parents, my family, my fiance, and my friends.

2. What do u like?
I like myself..hehe... like to read especially novels and motivation books.

3. How do u sleep?
Sleep like our Prophet muhammad S.A.W. ask to do, right side.

4. Do u think u're pretty?
Yes, I'm pretty because all God's creation are pretty..

5. U love to draw?
No

6. What do you do in the elevator?
Look at other people

7. Do u think your perfume is a perfect smell?
Yes, I like my perfume smell

8. What are u doing now?
I'm answering the taq question..hahaha

9. What's your pet name?
Kimi

10. How's your SPM results?
Good..11subjects 11 credits...alhamdulillah

11. Do you mind answering this Q?
No


Sekarang, mari kita tag...11 orang yang Cik Hany nak tag:
1. Iqani
2. Hafizzi Aziz
3. Lulu Caldina
4. GreenApple
5. Oshin
6. Mimi Mariana
7. Dieba
8. Ik
9. Acik
10. CikHani
11. Farah Fatiha


Soalan2 yang perlu korang yang dah ditag nie jawab:
1. Who are you?
2. Do you have found your Mr. Right / Mrs.Right?
3. Are you studying now?
4. Do you enjoy your life?
5. Do you like gadgets?
6. What kind of gadget you want most?
7. When did you start blogging?
8. Why you join in blogging world?
9. What are your best moment since your blogging?
10. Have you ever won any contest in blogging?
11. Do you have more than one blog?


p/s: sori ler kalau broken english..kih3..selamat menjawab rakan2 ku...:)



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, October 30, 2011

LIMA Syarat Untuk Buat Maksiat (PERINGATAN!!!)

Views



Ha...jangan salah sangka tengok tajuk yer...Cik Hany bukan nak ajak korang buat maksiat..bukan..bukan... Sebenarnya malam nie Cik Hany nak kongsikan mengenai sebuah sirah berkenaan tajuk entry di atas..mungkin ramai yang pernah dengar... tapi takpe, sharing is caring.. mari kita sama2 baca...
***************************************************************************************
Suatu hari seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan/ Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, mengapa masih memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menayakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah sekiranya malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelki itu insaf. dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

credit: http://sirah.blogsome.com & majalah dara.com

p/s: Ingatlah Allah sentiasa melihat kita. DIA sentiasa dekat dengan kita..setiap perbuatan kita, apa yang berada dalam hati kita semuanya dalam genggaman-Nya..peringatan untuk diri Cik Hany sendiri jugak...moga kita semua terlindung daripada kemurkaan Allah...^__^




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Pesan-Pesan Hikmah

Views

Petang nie Cik Hany nak kongsi dengan semua pesan2 hikmah yang Cik Hany dapat dari e-mel... Moga perkongsian ini membawa kebaikan untuk kita semua...

4 perkara yang dipandang sebagai IBU?
- Ibu dari segala UBAT adalah sedikit MAKAN.
- Ibu dari segala ADAB adalah sedikit BICARA.
-
Ibu dari segala IBADAT adalah takut buat DOSA.
- Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.


Lima jenis racun dan lima jenis penawarnya
  1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya
  2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya
  3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali
  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahailallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawab kepadanya.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
  • "Pandanglah kepada orang yang rendah daripada kamu (yakni yang kurang bernasib baik berbanding dengan kamu). Dan janganlah kamu hanya memandang kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu (yakni kehidupannya di dunia lebih hebat daripada kamu). Itulah sewajarnya supaya kamu tidak memandang rendah nikmat-nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu" (Hadith Muttafaqun Alaih)
  • "Makanlah dan minumlah. Pakailah dan bersedekahlah. Tapi jangan melampaui batas dan jangan dengan niat hendak menyombongkan diri" (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad)
  • "Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa kedana sehingga mereka meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
  • "Tidak ada satu amalan yang lebih berat di atas mizan (pertimbangan pada hari kiamat nanti) melainkan akhlak yang baik" (Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Kata-kata hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin
1. Saidina Abu Bakar r.a berkata orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
a) ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
b) hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim
c) hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula
d) adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

2. Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata;
a) orang yang bayak ketawa itu kurang wibawanya
b) orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
c) orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
d) barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

3. Saidina Ali karamallahu wajhah berkata:
a) tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
b) tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
c) tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
d) tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
e) tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
f) nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
g) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
h) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

4. Saidina Uthman Bin Affan r.a berkataantara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
a) hatinya selalu berniat suci
b) lidahnya selalu basah dengan zikrullah
c) kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
d) segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
e) mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

p/s: sekadar perkongsian... yang baik datang daripada Allah S.W.T., yang lemah dari diri Cik Hany sendiri...




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sila Tinggalkan Link Blog Anda

Views

Hai blogger2 semua..terima kasih sudi singgah sini dan follow... sila tinggalkan link blog anda semua di ruangan komen supaya Cik Hany dapat follow balik.... mari kita meramaikan kenalan...^__^




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Freebies Doodle Muslimah Kenyit Mata

Views




Salam hujung minggu semua..dah 30hb Oktober..esok hari terakhir kita di bulan nie...lusa akan berganjak ke bulan baru N0vember.... cuti mid-sem dah makin dekat...yeyyy...suka cuti..hahaha....

Entry pertama di hari ahad nie berkenaan freebies doodle.. Jeng, jeng, jeng...


Cantik tak saya??? Eh, tak2 nie bukan Cik Hany... hahaha..saje jer..Comel kan doodle nie... Kalau korang sume terpikat dengan kecomelan freebis doodle yang kenyit mata nie, boleh pergi ke blog Hafizzi Aziz @ Apit - Fizgraphic.com... kat situ ada macam2 lagi warna, Cik Hany ambik semua sebab geram sangat dengan kecomelannyer tapi letak kat sini warna hijau jer (Cik Hany suka hijau)... Cik Hany tolong promote blog apit nie..hehe....






Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 29, 2011

Blog Berwajah Baru

Views


Setelah berhempas pulas dari pagi tadi hingga sekarang membetulkan blog, akhirnya dah banyak yang Cik Hany berjaya buat semula... hee..alhamdulillah, dah banyak tutorial berjaya Cik Hany buat... masa yang diberi sehingga jam 9.30 malam ini jer sebab Cik Hany perlu study untuk mid-term hari selasa nie..huhu... Kalau ada sebarang komen, jangan malu jangan segan sila beri komen di ruangan yang telah disediakan....
Font size Sebelum tu, mari kita check loading blog masing2... blog korang berat tak?? blog Cik Hany lebih dari 100kb nie..hahaha... tapi still ok kot... Nie link nyer korang boleh check di sini...



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Views
Cik Hany suka kalau korang semua LIKE Fanpage Cik Hany di facebook..jasa korang Cik Hany hargai..^_^


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Penukaran Templates Blog

Views
Assalamualaikum..hai semua... terlebih dahulu mohon maaf di atas segala kesulitan apabila korang melawat blog Cik Hany..Cik Hany dalam proses untuk ubah balik semua... jadi yang ada sekarang hanya basic sahaja..insya Allah Cik Hany akan kembali lagi...mohon maaf..terima kasih..:)


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, October 28, 2011

Istikharah Cinta - Sigma

Views
Assalamualaikum..hai... korang buat apa malam2 nie?? baru pukul 9 lebih tapi rasa macam lewat malam jer kat Labuan nie... Cik Hany tengah layan lagu nasyid Istikharah Cinta nyanyian kumpulan Sigma.. jom kita layan sama2...


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu piliha
n
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta....

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Terima Kasih Adik Hanis....:)

Views
Assalamualaikum....hai semua...

Terharu Cik Hany rasa...ada entry khas untuk Cik Hany sempena jadi follower ke-200 adik Hanis nie... hehe..terima kasih adik... akak sangat2 menghargainya....:)
terima kasih gak sebab like fanpage blog akak..dah add adik..meh lar kita berkenalan lebih rapat lagi...:)

meh kita ramai2 follow blog adik hanis kita...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Kemenangan Pertama

Views
Assalamualaikumm..hai semua... haha...tergelak pulak Cik Hany baca tajuk entry sendiri... alhamdulillah Cik Hany salah seorang daripada pemenang Giveaway Keychain AngryBirds oleh Lulu Caldina..tak sangka pulak terpilih sebab ini pertama kali Cik Hany ikut segmen giveaway nie.. Cik Hany memang nak sangat keychain tu.. alhamdulillah dah rezeki..tahniah untuk blogger2 lain yang menang gak (ada 7 orang lagi) :)

insya Allah, kalau dah sampai keychain tu Cik Hany akan update lagi yer...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tukar E-mail

Views
Assalamualaikum...salam jumaat... Cik Hany tukar e-mail utama untuk blog Cik Hany..semua blog yang Cik Hany follow telah hilang daripada senarai..Cik Hany dalam proses memfollow balik semua blog2... mohon maaf atas segala kesulitan.... kalau blog berselerak atau tak cantik, mohon diabaikan kejap...tunggang langgang dah dibuatnyer...huhu
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Thursday, October 27, 2011

Pinggan Untuk Ayah

Views
Assalamualaikum..hai semua...lama tak update blog..Cik Hany busy sikit dengan assignment2... banyak pulak assignment2 yang diberi setakat nie ada 9 assignment... kena kuat semangat yer... cuti raya haji pon tak balik... ok lah, panjang lak mukadimah..hehe... mari lar kita baca kisah ini...Pinggan untuk ayah...ambil sebagai tauladan yer..:)
*******************************************************************

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menatu perempuannya Rina, serta anak pasangan itu Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Pranggggggg..!! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. 

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

 Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut di bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. 

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. 

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat  anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji, dan pisau di sisinya. 

"Eh, sayang buat apa ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan mama. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang mamanya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva kepada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

 Moral: Hargailah kasih sayang orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan.

credit; ILuvIslam.com

p/s: sebak Cik Hany rasa baca cerita nie..sanggup mereka lakukan seperti itu pada bapa mereka. Cik Hany bangga dengan budak sekecil ini. Kanak-kanak akan mengikut apa yang mereka lihat. Mereka lebih menilai kasih sayang itu sebenarnya. Teringat pada kata-kata nie, "seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh menjaga seorang ibu".. Sayangilah orang tua kalian.. sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka sama ada mereka masih ada bersama kita atau sudah pergi meninggalkan kita.. 

Sentiasa amalkan surah Al-Fatihah untuk  kedua ayahanda dan bonda kita serta doa ini "Allahummaghfir lii zunubi waa li waalidayya warhamhuma kama robbaya nii soghira". Ya Allah! AMpunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku..
Cik Hany sayang emak dan abah...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 22, 2011

Hari Wanita

Views
Assalamualaikum..hai semua...selamat berhujung minggu.... apa plan korang semua hari sabtu ni?? Cik Hany hari ni pergi satu program yang diadakan kat kampus Cik Hany, Program Hari Wanita... Program ni anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Labuan dengan kerjasama  UMS, Bank Rakyat dan BSN. Banyak pekerja jabatan datang ke kampus Cik Hany sampaikan Cik Hany perlu naik ke tingkat atas untuk duduk...

Masa sesi pendaftaran dapat goodies bag dari Bank Rakyat..hehe...suka2... dapat buku nota besar dan kecil, dapat pen, keychain... lepas perasmian majlis, sesi minum pagi.... suka masa nie sebab lapar..haha... lepas makan Cik Hany pergi pameran kerjaya 20 buah syarikat pulak... dapat rembat topi j0bs malaysia pulak..hoho.... suka2...(sila jangan jeles):D

Selain pameran kerjaya tu, ada gak yang menjual tudung, kerongsang, beg dengan cupcakes.. Cik Hany pun membeli ler beg... RM10 jer hargenyer...lepas selesai semuanya, Cik Hany pergi semula ke dewan theathrette untuk sesi ceramah bersama Amanah Raya dan PDRM tentang hak serta keganasan wanita. Sepatutnya balik jam 10.50 pagi tapi terlewat pulak masuk jam 11 lebih...hehe....

Sesi ceramah pertama "Hak wanita dari pers[ektif undang-undnag" oleh Encik Usman Hamid dari Amanah Raya Berhad. Cik Hany difahamkan melalui bancian penduduk tahun lepas jumlah penduduk lelaki ialah seramai 14.76 juta orang dang wanita pula ialah 13.77 juta orang. Jadi, wanita lebih kurang dari lelaki. Lelaki-lelaki di luar sana, tiada alasan untuk berkahwin lebih dari satu yer...hehehe... Sesi kedua pula disampaikan oleh Inspektor Dorarin Guanoi dari PDRM tentang Keganasan dan diskriminasi terhadap wanita. Ceramah yang santai dan best untuk kedua-dua sesi ni. Lepas sesi soal jawab maka tiba masa untuk makan tengah hari... Ambil apa yang patut, balik hostel cepat..letih....hehehe... Kesimpulannya, best sangat-sangat...

Oh, ye..hari ni Cik Hany dapat bubur lambuk. Jangan hairan pulak yer..memang sekarang bukan bulan Ramadhan sebab dah lepas tapi ni aktiviti untuk Karnival Rakan Muda yang juga berlangsung hari ni. Pelajar-pelajar memasak bubur lambuk beramai-ramai dan mengagihkan kepada pelajar-pelajar lain. Yey, hasrat Cik hany teringin nak makan bubur telah tercapai.... terima kasih yer..:)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Handphone Touch Screen

Views
Assalamualaikum.... hai.... korang tengah buat apa tu??
Sekarang nie trend orang pakai handphone touch screen ey.... balik2 tengok nset touch screen... kalih kanan, kalih kiri, depan belakang...semua lah boleh dikatakan nset touch screen... boleh dikatakan kebanyakan kawan2 Cik Hany semua pakai nset touch screen...ingat tak dulu Cik Hany pernah post pasal nset yang Cik Hany idamkan tapi mak Cik Hany tak bagi...hehe..xpe, mak kan... guna jer mana yang ada... tapi sejak kebelakangan nie hati sangat2 nak nset touch screen... hukhukhuk.... tambah2 hari ini Incik Y, tunang Cik Hany beli nset touch screen gak...waaa.... Cik Hany nak jugak...isk..isk.... T___T

rasa macam terkilan sangat tak dapat beli nset touch screen... hmmm.... adesh, apa kena la dengan Cik Hany ni??

"Wahai hati tolong lah jangan begini...bersyukur dengan apa yang ada....takpe, takde rezeki lagi kan nak beli nset tu..sabar yer hati"...<<< ayat pujuk diri sendiri..

Cik Hany dah bengong akibat assignment yang banyak + keletihan + nak nset touch screen sangat2...@_@
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, October 21, 2011

Nilai RM10

Views
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?'

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"

"Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah beritahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat."

"RM20 sejam."

"Oh." kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian, si anak memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya "Ayah, boleh tak Amin pinjam RM10 daripada ayah?"

Si ayah menjadi berang dan berkata "Oh, itu ke sebabnya kamu bertanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan.Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah nie."

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah RM10 ini", kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyak ayah", katanya cukup gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM10 yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu, sia ayh kembali berang.

"Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

"Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi RM10 sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup", jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa", soal si ayah kembali.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada RM20. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. SElepas mendengar penjelasan anaknya, si ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.

MORAL: Luangkan sedikit waktu untuk bersama orang-orang yang kita sayang. Jangan terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan mereka.


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Proses Follow Blogger Lain

Views
Assalamualaikum....hai semua...buat ape malam2 nie?? Cik Hany sedang dalam proses follow semua yang ikut segmen Haris Kaito tu..sabar yer semua.... sedang dalam proses.... :)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Lawak: Mengucap

Views
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam kabutlah si menantu. Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertuasambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamuu!)". Kuat juga si menantu sebut hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la."

Moral of the story: Biasakan mengucap dua kalimah syahadah sekurang-kurangnya ketika solat...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Thursday, October 20, 2011

Dari Wanita Untuk Lelaki

Views
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh menjadi imam, kita relax sahaja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajar lah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namunkedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah menjadi imam?"  Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

p/s: "Pesanan untuk Incik Y merangkap bakal suami Cik Hany, saya nak jadi makmum awak, nak aminkan doa awak... awak doa saya aminkan, saya masak awak makankan, jangan kutuk2 taw..saya belajar masak lagi yer..:)"
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, October 19, 2011

Lirik Lagu Wanita - Dehearty

Views
Khas untuk semua wanita2 di luar sana...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Tuesday, October 18, 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina

Views


Assalamualaikum..hai...
Lulu Caldina nak bagi giveaway angry birds... hehe... tarikh tutup hari nie 18hb Oktober 2011 jam 2 petang...
Lulu, saya nak satu keychain angrybird nie... semua orang excited pasal angrybird nie, tengok ade keychain jer masing2..saya pun nak ada gak... bagi satu kat saya taw...

kalau nak join sila klik banner atau sini... :)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, October 17, 2011

Jantina Laptop

Views
Laptop pun ada jantina ey?? Kih3.... Cik Hany selalu cakap dengan incik Y lappy Cik Hany jantan... Cik Hany baru tau boleh check rupanya apa jantina laptop kita..haha... ketinggalan betul Cik Hany nie... takpe, teruskan dengan langkah2 untuk tau jantina lappy...

1. Buka Notepad kat laptop and pastekan
 
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
 
2. Tekan "save". Ubah "save as type" tu kepada "All files" taw dan save kat desktop. Letak nama  "love u.vbs". Pas tu close
  notepad tu.

3. Pergi ke desktop dan double-click kat file yang korang dah save tdi tu.. dengar betul2 taw suara i love u yang keluar dari laptop 2.. kalau suara lelaki maknanya jantan, kalau suara perempuan maknanya betina...
 
p/s: lappy Cik Hany jantan...incik Y, jangan jeles taw..hahaha...  


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Perlukan Maklumbalas Dari Blogger2...

Views
Assalamualaikum..hai semua...

Cik Hany nak mintak tolong nie... nak tahu masa korang semua loading blog Cik Hany, lame x?? Kalau lame, lame sangat ker???
tinggalkan komen anda.... tolong yer... :)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, October 16, 2011

Untukmu Wanita Berbahagialah

Views

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Perlu tutup sana, tutup sini,
 Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan

Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?

Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'

Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?

Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

p/s:  Cik Hany setuju dengan artikel nie... bukan senang jadi seorang wanita..wanita itu amat istimewa... dengarlah lagu Wanita nyanyian kumpulan nasyid Dehearty... Cik Hany berbangga menjadi seorang wanita..:)
credit to iluvislam.com
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Blog Bertukar Nama

Views
Jeng3... blog dah tukar nama... jangan hairan dan lari dari blog nie... Cik Hany tu saya lar... hehe... membuat perubahan blog dan panggilan nama... tak salah kan...sebab nie blog Cik Hany..:p
sebelum nie blog nie bernama Nur Mawaddah Atikah...Nur kan bermaksud Cahaya..Mawaddah bermaksud cinta... sekarang tukar ke Cahaya Cinta Hany... nak tau dri mane pulak nama Hany tu datang...Hany tu sebenarnya akronim nama penuh Cik Hany... hehe... sape2 yang kenal Cik Hany tau apa maksudnyer... :)
anda sume suka tak..kalau tak suka pun takpe, incik Y kesayangan suka..kih3... sape pulak incik Y..oo, yeaa incik Y adalah incik tunang... hehehe ^___^


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Blog Update Lagi

Views
Assalamualaikum...salam hujung minggu.... hujung minggu nie korang sume buat per?? Saya macam biasa sibuk dengan blog nie, FB dengan assignment... sempat lagi tu...hahahaha :p

Dah 8 bulan 1 minggu sejak blog nie dilahirkan...tak lama lagi dah setahun...tapi tak meletop pon kan blog nie... takpe, tak kisah pun..hahaha... bukan lah glamor yang dicari..eceh... dah ada follower pun dah cukup bersyukur dan berterima kasih sangat2....

kalau perasan, blog nie tukar template lagi dan ada penambahan beberapa elements..haha... rajin lak godek2 kan saya nie..padahal berlambak assignment menanti.... hope korang sume suka..kalau tak suka pon takpe, sebab saya suka...haha :D

doodle blogger negeri yang comel tu saya ambik dari blogger apit...ada gak tutorial untuk blog kat situ... banyak dah belajar nie... terima kasih sebab beri tunjuk ajar....:)

dan ada satu lagi blog tuk tutorial..bunga2 cinta yang berguguran tu saya ambik kat sini.... banyak lagi tutorial kat blog nie... boleh cuba kalau nak upgrade ape2 lagi kat blog tu...

Terima kasih sudi membaca...:D
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 15, 2011

Program Bicara Ilmu

Views




Hari nie 15 Oktober 2011 ada program bicara ilmu tentang buku "PELURU CINTA VICTORIA" anjuran PERWILA...apa tu PERWILA??? PERWILA tu ialah Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan...program nie berlangsung di tempat saya belajar.... walaupun program ilmu, tapi best sangat2... amat santai.... penuh gelak ketawa sebab panel kedua En.Resmanshah buat kelakar...harus la gelak.... banyak input yang dapat dari program ni.... THINK DIFFERENT...... insya Allah, andai ada kelapangan akan saya teruskan usaha menulis saya... :)


tapi sayang sangat2 sebab hanya sikit sahaja yang hadir...biasalah program ilmu macam nie, student universiti tak layan..tak suka.... mereka lebih suka kepada hiburan... hmm..apa nak jadi lah.... T___T



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Follower Blog Saya....

Views
Assalamualaikum.... hai semua... tengah buat apa tu?? hihi.... Nie entry pendek jer... sebelum masuk segmen Haris Kaito, follower blog nie 10 orang jer. walaupun dah lame buat..sedih2.... takde sape nak follow blog ini..yer, blog saya tak famous..tak selalu update..takde benda2 best kan..hukhuk T__T

alhamdulillah...hari nie follower telah bertambah kepada 54 orang....weee.... suka2... sebab follower dah ramai..terima kasih kepada sape2 yang sudi singgah, dan follow blog saye..terharu... hehe...

syukran blogger2 laen..... moga kita semua happy dalam berblogging..mencurahkan rasa kte...:)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Thursday, October 6, 2011

Hatiku Milikmu by Nera AF9

Views
Assalamualaikum..hai semua... pernah dengar tak lagu Nera bertajuk Hatiku Milikmu?? Kenal tak Nera nie sape??hehe..tak kan lar tak kenal kan kalau tengok AF... lagu nie best... Hatiku Milikmu specially dedicated untuk incik tunang tersayang....

Lirik Lagu Hatiku Milikmu - Nera AF9
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya


Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, October 5, 2011

Couple Doodle

Views
Assalamualaikum..hai semua....
comel tak freebis couple doodle nie??? comel kan... hehe..suka sangat tengok... Freebis couple doodle nie design oleh Fizgraphic... macam2 kaler lagi.... tapi sebab suka hijau, ambik yang warna hijau lar...hehe.... terima kasih blogger Hafizi Aziz sebab bagi freebies nie..saya suka saya suka (macam Mei Mei lak..hahaha)..nie doodle jek jangan pulak buat macam nie masa couple..tak boleh taw....:tunggu dah nikah yer..D

Kalau korang pun terpikat dengan kecomelan doodle neh sila ler klik sini
jadi boleh pilih yang mana suka....:)


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, October 3, 2011

Minggu Bermula Assignment

Views
Assalamualaikum..hai..... sebelum memulakan entry mari kita mengalu-alukan kedatangan follower2 baru a.k.a. rakan2 saya di blog nie...selamat datang diucapkan kepada follower2 terbaru...terima kasih kerana sudi follow yang x seberapa neh.....terharu saya... *tepuk tangan tepuk tangan*

Hari nie 03 Oktober 2011 merupakan permulaan minggu keempat bagi semester kelima tahun ketiga... dah minggu keempat... ade lagi empat minggu sebelum cuti..yeahhh.... cuti tu yang penting..hehe..:D

bermula sudah tugasan2 untuk macam2 assignment yang pat0t dibuat..kepala dah pening...susun satu2 dulu...utamakan yang mana perlu dihantar.... akan sedikit busy tapi insya Allah blog neh takkan dilupakan..hehehe..so marilah kita bersama2 membuat assignment yang diberi..chaiyok2....hahaha...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, October 2, 2011

Pasangan Lagi Muda????

Views
Assalamualaikum...hai semua.... tengok tajuk entry rasa2nya pasal apa yer...hehe...entry nie cuma luahan hati saje..takde kena mengena antara hamba2 Allah yang masih hidup..eh macam filem lak..hahaha...terlebih dahulu mohon maaf kalau2 ada yang terasa.... cuma entry luahan rasa...

yer, saya mengaku incik tunang merangkap pemilik hati saya lagi muda dari saya... tapi saya tekankan di sini saya tak mengira umur sama ada muda atau tua..yang penting bagi saya dapat bimbing saya,mencintai saya,menyayangi saya,menerima saya seadanya.... Umur itu hanya sebagai angka....kadang2 ada manusia yang umurnya lebih berusia perangai tak matang dan begitu juga sebaliknya...

memetik kata2 sahabat baik saya: "ignore what others say,or might say or even what they might think..becauze this is ur love story..korg b'2 main role-actor n actress dlm cter korg..so jus show them ur endless love..biar mulut dorg tutup..dorg sape nk kecoh2..korg x give bad impact pn kn.."

yeahhhhh...semangat saya sudah kembali.....akan saya pertahankan cinta saya untuk si dia.... pedulikan apa orang nak kata..sebab nie hidup saya..masa depan saya.... saya yang perlu tentukan jalan saya... i have made the choice.... doakan kami moga disatukan dalam ikatan pernikahan secepatnya....
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Apabila Seorang Gadis Melakukan Sesuatu...

Views
Bila seorang GADIS senyap, banyak perkara yang bermain di mindanya....

Bila seorang GADIS tidak berbalah, dia memikirkan sesuatu perkara dengan mendalam....

Bila seorang GADIS melihat kamu dengan mata yang penuh dengan pertanyaan, dia tertanya-tanya berapa lama kamu akan bersamanya...

Bila seorang GADIS menjawab "saya ok" setelah beberapa saat, sebenarnya tidak.....

Bila seorang GADIS menjeling ke arahmu, dia tertanya-tanya kenapa kamu berbohong....

Bila seorang GADIS baring di atas dadamu, dia berharap kamu menjadi miliknya selamanya...

Bila seorang GADIS telefon kamu setiap hari, dia sedang mencari perhatianmu....

Bila seorang GADIS "sms" kamu setiap hari, dia mahu kamu membalasnya walaupun sekali...

Bila seorang GADIS mengatakan saya sayang kamu, dia benar-benar maksudkannya....

Bila seorang GADIS mengatakan dia tidak boleh hidup tanpa kamu, dia telah membuat keputusan bahawa kamu adalah masa depannya...

Bila seorang GADIS mengatakan saya rindu kamu, tiada seorangpun di dunia ini yang rindukan kamu lebih daripada dia...

p/s: cuma sekadar perkongsian.... :)
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, October 1, 2011

Jalan2 Habiskan Duet

Views
Assalamualaikum..... hari nie jalan2 lagi teman junior ke bandar untuk membeli barang...alih2 saya sendiri yang beli banyak barang..hahaha... selalu macam tu kan..maen beli jer apa yang terlintas & teringat kat fikiran...bila dah balik, baru teringat benda yang lupa nak beli... benci situasi macam tu..tapi dah selalu macam tu..hahaha..tambah2 perancangan di saat2 akhir.... :D

duet yang keluar bagaikan air..... barang2 sekarang sungguh mahal..beli sikit je dah berpuluh...ish3... sayang tgk duet tu terbang ke arah juruwang di kaunter tapi nak buat macam mane dah barang2 keperluan...kepenatan ke atas ke bawah Ujana Kewangan mencari m0dem untuk internet..haha... akhirnya beli jugak lepas keluar masuk kedai kat aras bawah dan atas..duet terbang walaupun mahal.... kecian adek junior saye...si ZULHASWADI tu...takpe lepas nie duet ptptn mas0k kat akaun kan dik...beli beli banyak barang lagi..hehe....





Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Segmen Jom Tambah Follower di Bl0g Haris Kaito

Views






Haris Kaito wat segmen j0m tambah follower... blog saya tak ramai follower sebab tu nak join..haha... boleh tambah2 kenalan alam maya neh... sape2 nak join boleh klik sini Haris Kaito..... TQ....:D

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG