Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Friday, October 21, 2011

Nilai RM10

Views
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?'

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"

"Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah beritahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat."

"RM20 sejam."

"Oh." kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian, si anak memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya "Ayah, boleh tak Amin pinjam RM10 daripada ayah?"

Si ayah menjadi berang dan berkata "Oh, itu ke sebabnya kamu bertanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan.Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah nie."

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah RM10 ini", kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyak ayah", katanya cukup gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM10 yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu, sia ayh kembali berang.

"Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

"Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi RM10 sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup", jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa", soal si ayah kembali.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada RM20. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. SElepas mendengar penjelasan anaknya, si ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.

MORAL: Luangkan sedikit waktu untuk bersama orang-orang yang kita sayang. Jangan terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan mereka.


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

7 comments :

  1. auww so touching... pandai anaknye nih. hehe :D

    ReplyDelete
  2. jom follow blog saya ni jugak jomwayangku.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ada kebenarannya...
    kesibukkan bekerja kadang kala menyebabkan ibu bapa kurang memberi perhatian keperluan rohani anak.

    ReplyDelete
  4. @CikPipiTembam: hehe...kesian anak nie, dia rindukan belaian ayah dia..
    @Admin: saya dah follow dah..
    @Man: yep betul... terlalu sibuk mencari rezeki smpai lupa yang sebenarnya anak2 perlukan perhatian & kasih sayang

    ReplyDelete
  5. nice one! umo 7 thn dah pandai kan.. mm..cute!

    ReplyDelete
  6. awwww cwetnye >_<..terharu la bace cite ni..

    http://narumiaida.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @Fatin Mraz: cute kan.... hehe...
    @narumi sakura: maceh...:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG