Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Wednesday, July 20, 2011

Sahabat Yang Dirindui

Views
Assalamualaikum.....hai...

hari nie 20hb Julai 2011 ialah hari lahir sahabat yang paling saya sayangi... sahabat baik saya...sahabat susah senang saya... suka duka saya...[post ini]... hari ini genap umur 22 tahun sahabat saya nie Cik Zulayka.. dua bulan lagi saya..:p

walaupun kami satu sekolah sejak menengah rendah, kami tak pernah mengenali...mungkin dengar nama jer... sejak dia berpindah ke sekolah kami semula untuk form 6..kami rapat.... perkenalan rapat kami bermula di tingkatan 6 Ekonomi Rendah tahun 2007 sehinggalah kini masing-masing berada di perantauan untuk menyambung pengajian...

zaman 'old school' kami semasa di tingkatan 6 memang membawa seribu satu kenangan bagi kami..kerana di situlah segala suka duka kami tercipta... zaman inilah zaman yang paling best buat saya... zaman yang betul2 mencabar guru2 kami dengan kenakalan kami..hahaha.... tapi kami berjaya buktikan walau kami nakal sekalipun kami tetap berjaya melangkah ke universiti...

zulayka atau nama pendeknya ika... orangnya merendah diri, semp0i dan agak gila2...hehe...dia lah sahabat yang sehingga kini tetap utuh dengan saya, menerima saya seadanya walau bagaimana jua keadaan saya... bidang kami memang berbeza, minat kami juga berbeza namun itulah yang menyatukan jiwa kami... kami lahir pada tarikh yang sama, cuma beza dua bulan sahaja...:D..banyak yang saya belajar dari dia... di kala saya susah dan kecewa, dia banyak memberi kata2 yang membuat saya berfikir semula... terima kasih sahabat :)

kami bercita2 untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang sama UUM..namun rezeki nampaknya tidak menyebelahi saya... kami terpaksa berpisah...dia di UUM dan saya di UMS Labuan... jarak beribu kilometer sedikit pun tidak menyebabkan saya melupakan dia... bagi saya kawan memang boleh dicari namun dia sahabat yang tiada ganti...di akhir perpisahan kami tahun 2009, dia sempat berpesan agar saya kena ramah dan pandai mencari kawan... itulah yang saya pegang walaupun hakikatnya saya bukan orang yang begitu.. saya lebih suka bersendirian..itu juga yang saya alami di uni.saya lebih banyak bersendirian...alone...hehe... 

ika, satu yang perlu ika tau..walaupun berkali2 ika katakan ika x sempurna macam orang lain, di hati aja,ika tetap yang terbaek... sikap ika yang jadikan ika seperti itu.. endahkan kata2 orang yang tak puas hati pada kita sebab hanya diri kita mengetahui siapa kita sebenarnya... untuk 4 tahun perkenalan kita yang memberi banyak makna dalam hidup aja nie terima kasih untuk segalanya... susah senang kita bersama mase form 6 dulu... teringat kita berjalan kaki shopping dulu...berjalan kaki sampai The Store...hoho..saat kita sama2 menghabiskan masa ketika cuti sem...dan segala aktiviti kita dari lower hingga upper 6..memang manis sangat kenangan tu... terima kasih sebab sudi jadi sahabat aja yang banyak kekurangan nie... susah senang dengan aja.. hadirmu satu anugerah Illahi padaku yang tak ternilai...moga ukhuwah persahabatan kita tetap utuh di dunia dan akhirat..Insya Allah...sayang kamu...rindu kamu.... selamat hari lahir sayangku...moga kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dalam menghadapi hari2 mendatang, berjaya di dunia dan akhirat, bahagia dan gembira sentiasa...kuatkan diri cekalkan hati dalam menggapai cita2 kamu, gembirakan mak dan arwah abah..moga kamu sentiasa menjadi anak yang s0lehah...amin...^__^
ikhlas dariku, sahabat mu...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, July 17, 2011

Satu Kenangan

Views
“UMS lambang puncak jaya
Pancaran perjuangan semangat waja
Pembentuk citra pelindung budaya
Memandu bangsa memaju Negara

Di sini dicanai segala fikiran
Di sini dikaji segala wawasan
Ilmu iman sumber ped0man
Bakti curah kasih budiman

Bayu bertiup nafasmu sejati
Bumi terhampar tubuhmu abadi
Samudera biru wajahmu berseri
Suria menyinar tenagamu murni

Kaulah harapan bangsa maju
Kaulah jambatan nusa bersatu
Berdiri megah kekal bermutu
Menuju arah bangsa dituju

UMS kaulah tunggak Negara
Warisan sejati Malaysia tercinta
Berkhidmat cemerlang menjadi budaya
Semoga unggul dan sejahtera”

Assalamualaikum..hai….

Lagu apa yang ade kat atas 2 yer… itulah lagu Universiti Malaysia Sabah… semangat melihat adik-adik juni0r akan masuk pada bulan September nie… teringat kisah dua tahun dulu (nampak sangat dah tua…hehe)
Baru2 nie, pada hari jumaat yang lepas 15 Julai 2011 keputusan UPU untuk kemasukan ijazah untuk sesi 2011/2012 telah keluar…ramai yang dapat dan ada jugak yang tak Berjaya.. kepada yang Berjaya tahniah diucapkan..kepada yang tak Berjaya tu, usaha lagi…. Rezeki tetap ade…ada yang dapat risau dengan keadaan persekitaran kawasan tempat belajar lagi..tambahan lagi yang dapat kat negeri orang kan… semestinya, yang bermain di fikiran ialah macam mana tempat tu?, susah tak kos aku?, macam mana dengan tempat tinggal?, dapat ke x aku sesuaikan diri?, aku seorang kot nanti,kawan2 takde, macam mana kos sara hidup yer?, macam mane dengan family aku dan macam2 lagi…. Hehe…. Pertanyaan biasa yang bermain di minda..sama jugak macam saya dulu..haha… ok2, relaks..jangan gabra.. sebab itu adalah satu proses hidup… kita semua pasti akan dapat melaluinya…

Mengimbau kembali kenangan dua tahun dulu selepas tamat tingkatan 6 dan Berjaya mendapat IPTA dalam kos yang agak pelik macam susah jek kos nie..INTERNATIONAL FINANCIAL ECONOMICS atau EKONOMI KEWANGAN ANTARABANGSA di Universiti Malaysia sabah Kampus Antarabangsa Labuan..satu yang bermain di fikiran, aik kat Labuan pun ade uni ker, tak tau pun..hahaha… lepas dah bagitau mak dan abah pasal tawaran tu, dipendekkan cerita,menerima sahaja walau dalam hati gila2 berbelah bagi… sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan jugak sebenarnyer...huhu... dan sebab bukan senang nak dapat IPTA kan… maka pada bulan Jun 2009, berangkatlah ke Kota Kinabalu untuk pendaftaran uni. dan sesi Minggu Suai Mesra.. risau,sedih, gembira, teruja semuanya ada sepanjang minggu MSM tuh… macam mane la Labuan agaknya?? Sedih nya nak pisah dengan mak, sebab tak pernah duduk berenggang..haha, dasat2.. tapi kena sedar reality… ambik sebagai cabaran…

Macam2 dugaan ketika mula2 tiba di Labuan.. takde air nyer… nk sesuaikan diri ngan keadaan nyer…nk sesuaikan diri ngan cara belajar uni. {sbb laen lar, dah ijazah kn..haha), dengan homesick nyer {mesti menangis..hahaha..), nak cari kawan lar… tapi 2 suma kejap jer… hehe..alhamdulillah dapat sesuaikan diri… yang penting tau bawak diri…

Dua tahun yang telah berlalu dan sekarang akan masuk tahun ketiga tahun terakhir di UMSKAL nie… kejap jer masa berlalu..rasa macam baru masuk (sebenarnya x sedar diri dah tua… :P) dua tahun nie lah, pelbagai ragam manusia dapat dilihat, dari situ belajar mengenal orang.. macam2 yang dipelajari… belajar berdikari.. belajar menguruskan diri sendiri… kenal ramai orang.. yang mungkin x dapat diperolehi kalau kita x mengambilnya sebagai satu cabaran… memang ramai orang cakap, wah jauhnya ko dapat uni. Mesti banyak pakai duit… yup, memang itulah cabarannyer.. duduk jauh memang memerlukan pengorbanan… tapi x ternilai ilmu yang kita dapat dengan duit 2… banyak mengubah diri pemilik blog ini daripada seorang yang pendiam gler2 masa zaman sekolah dulu kepada orang yang banyak cakap n x gugp bila berucap dpn junior2 form 6 <= itu cikgu yang cakap.. haha… tapi sekurang2 nya banyak perubahan dalam diri dapat dilihat berbanding diri yang ada 3 tahun dulu… sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya…

Hargailah setiap peluang yang kita ada… ambil sebagai cabaran… setiap kos yang kita dapat sama ada melalui kerelaan atau kerela paksaan ada nilainya… tiada kos yang senang… belajar ada naik turunnya.. ada subjek2 dalam kos yang susah dan senang..tidaklah semuanya susah..dan tidak lah semuanya senang… yang penting kita belajar… jangan takot…ilmu memang xkan pernah habis dan ilmu yang terbaik ialah pengalaman..experience is the best teacher… nikmatilah hidup ini..jadikan pengalaman itu pengalaman yang indah…

p/s: Bukan niat untuk menunjuk diri namun sekadar ingin berkongsi rasa hati… yang buruk dari dari diri pemilik blog yang tak seberapa ini..yang baik dari Allah s.w.t…J

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, July 15, 2011

Bulan Bermakna Bagi Diri Ini.....

Views
Assalamualaikum..hai semua...
maaf lama tak update post2 di blog sendiri walaupun cuti [bukan busy cuma takde idea jer..hehehe]
bulan ni bulan julai ataupun bulan 7... apa yang ada dalam bulan ni yang menyebabkan tajuk di atas ditulis???
sebab bulan nie banyak tarikh2 yang amat bermakna bagi diri empunya blog nie... hehehe

14hb julai 2011 - genap sebulan pertunangan saya dengan 'si dia' ^___^...juga birthday kawan saya faezah...
17hb julai 2011 - hari lahir adik saya yang ke2 najmi...
20hb julai 2011 - hari lahir sahabat  karib saya zulayka
21hb julai 2011 - hari lahir kawan saya miera
24hb julai 2011 - hari lahir sahabat saya yang baek lg ganas..haha.. ain dzahira
29hb julai 2011 - hari lahir kawan saya aisyah @ cikgu ecah... hehe

kalau dilihat bulan nie amat2 banyak hari lahir... hari lahir 0rang2 yang amat bermakna dalam hidup nie...semoga sentiasa diberikan keadaan kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T., bahagia di samping keluarga tersayang & berjaya di dunia dan di akhirat.... amin... ^__^

buat sahabat karib saya, zulayka shaari... "persahabatan denganmu amat2 bermakna buat diriku.... terima kasih kerna sudi menjadi sahabat diri aja yang serba kekurangan...m0ga ika berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi n menggembirakan mak n arwah abah ika... tiada kata2 selain ucapan syukur pada Illahi kerana menemukan kita berdua... tarikh lahir 20hb walau pun berbeza bulan amat2 menyatukan hati & jiwa kita... 4 tahun berlalu membawa memori suka dan duka kita bersama... semoga ikatan persahabatan ini kekal di dunia dan akhirat nanti..Insya Allah..."

 
 sahabat karib & saya di hari pertama sesi persekolahan upper 6

siapa 'si dia' yang menjadi tunangan saya tu..akan diceritakan kemudian... hehe... jangan marah yer... ^___^

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG