Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Sunday, October 30, 2011

LIMA Syarat Untuk Buat Maksiat (PERINGATAN!!!)

Views



Ha...jangan salah sangka tengok tajuk yer...Cik Hany bukan nak ajak korang buat maksiat..bukan..bukan... Sebenarnya malam nie Cik Hany nak kongsikan mengenai sebuah sirah berkenaan tajuk entry di atas..mungkin ramai yang pernah dengar... tapi takpe, sharing is caring.. mari kita sama2 baca...
***************************************************************************************
Suatu hari seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan/ Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, mengapa masih memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menayakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah sekiranya malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelki itu insaf. dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

credit: http://sirah.blogsome.com & majalah dara.com

p/s: Ingatlah Allah sentiasa melihat kita. DIA sentiasa dekat dengan kita..setiap perbuatan kita, apa yang berada dalam hati kita semuanya dalam genggaman-Nya..peringatan untuk diri Cik Hany sendiri jugak...moga kita semua terlindung daripada kemurkaan Allah...^__^




Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG