Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Friday, December 7, 2012

Salahkah Bertudung Labuh?

Views
Assalamualaikum... Hai... ^__^

 
" Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"

" Amboi, labuh benor tudung...alim dah dia sekarang ye??"

" Dia tue ustazah sekolah mane erk?"

" Anak jiran kita tue belajar sekolah agama kat mane? Sekolah pondok ke?"

" Sejak bila pula si A nie pakai tudung labuh?"

:: Tudung labuh tue bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA...Kan?? tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat ::
 
***************************
Pernah tak alami situasi macam tu?? Biasanya situasi nie terjadi kalau kita nak berubah ke arah menjadi seorang muslimah yang lebih baik, yang lebih menutup aurat dengan memakai tudung labuh... setiap daripada wanita pastinya berkeinginan untuk menjadi yang lebih baik..bermula dari 'free hair' kepada bertudung sama ada bawal -> shawl -> tudung express (jenis sarung - syria @ ada awning) -> pashmina..akan terdetik di hati untuk memakai tudung labuh.. teringat perbualan Cik Tikah dengan seorang rakan masa di U dulu..rakan tu tanya Cik Tikah tak teringin ke nak pakai tudung labuh? mestilah teringin kan, tapi perubahan tu mestilah perlahan-lahan dan tak drastik supaya kita terus istiqomah dalam perbuatan kita..
 
Cik Tikah memang senang hati tengok sesiapa pakai tudung labuh..rasa aman dan sejuk mata memandang..Cik Tikah pun sekarang baru jer mula pakai tudung labuh..bak kata sahabat baik Cik Tikah, mulakan dengan tudung bidang 50 dulu sebagai permulaan dan kalau betul-betul bersedia baru lah beralih ke tudung bidang 60..insya Allah, moga diri ini sentiasa istiqomah..yang penting niat tu ada..kerana bertutup itu lebih indah dan sopan :) 

Tak semestinya ustazah jer bertudung labuh..cuma setiap kali jumpa orang yang bertudung labuh, pasti digelar ustazah..tak salah pakai tudung labuh walaupun bukan ustazah..sebab wujud rasa ingin menutup aurat dengan lebih sempurna sesuai dengan konsep yang diajarkan oleh Islam.. 

Mengapa perlu  bertudung labuh:
 

Kita tetap manusia yang sentiasa membuat kesilapan..bertudung labuh bukan tiket untuk menunjukkan kita sentiasa betul..kita tetap hamba Allah..


moga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah...usah dikira pandangan dan percakapan manusia tentang diri yang melakukan perubahan bertudung labuh... kita mencari redha Allah, bukan redha manusia...

peringatan untuk diri Cik Tikah sendiri juga...sama-sama mengingati... yang baik datang dari Allah... jumpa lagi di lain entri.. insya Allah.. :)

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

6 comments :

  1. Salam alaiki ya ukhti . jazakillah :') menarik sharing ni ^^V sesungguhnya ana begitu tersentuh :') ana setuju dengan ukhti ^^ sesungguhnya Allah tidak meniai rupa paras tapi niat yang ikhlas :') semoga dirahmati ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... terima kasih... ye, Allah tak menilai rupa paras kita tapi niat yang ikhlas... insya Allah ^__^

      Delete
  2. Bila dah istiqomah pakai tudung labuh, tak heran dah apa orang nak cakap. sebab... nyamannya pakai tudung labuh tu Allah saja yang tau... bila saja2 pakai tudung singkat... mulalah rasa tak selamat.. Allahu!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG