Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Sunday, December 2, 2012

KonVokesYen SaYa

Views
Assalamualaikum... Hai semua...

Lamanya tak update blog nie..dah berhabuk..hehe.. sekarang dah masuk bulan Disember.. kejap je masa berlalu..dah sebulan lebih saya bergraduasi.. hehe... kali nie nak update mengenai majlis konvokesyen @ graaduasi saya di UMS, Kota Kinabalu Sabah..

Cik Tikah naik flight ke KK pada 17/10.. 4 hari awal sebelum konvo sebab nak ambil jubah awal..takut saiz habis..tak pasal-pasal dapat jubah besar..hehe ^__^  Cik  Tikah pergi dengan kawan dulu sebab mak dan adik sampai 20/10.. kiranya berdikari la dulu nie..hehe... Flight AirAsia jam 10.20 pagi dan sampai di Airport KK jam 1 p.m macam tu... kitorang turun ambik beg dan cari kedai fast food untuk makan...lapar..haha..dua jam 30 minit dalam flight... tempat dituju KFC..haha... dah kenyang pulak, cari teksi untuk pergi hotel.. Cik Tikah duduk dulu kat hotel sebab tunggu mak datang, pastu baru duduk rumah makcik Cik Tikah yang duduk kat Sabah nie.. Sampai hotel jam 2 p.m, dan terus rest sebab esoknya nak pergi UMS ambil jubah..


18/10, pagi-pagi lagi dah keluar pergi UMS..sampai lebih kurang jam 8.15 a.m, orang tak ramai lagi..leganya rasa dah sampai..hehe...menunggu la nak bayar yuran konvo RM150 tuh (tak dapat bayar on9 haritu..huhu).. dah habis bayar, baru lar ambil jubah... ok, dah set nak ambik saiz S jer sebab M pun dah besar...alih-alih dapat saiz M..haha..memang besar la jawabnya... ada booth gambar rasmi konvokesyen..kena ambil la kan..kata rasmi..bayar pulak RM70..hehe..sekali jer kan... petang tu ada rehearsel konvo, malas nak balik hotel.. jadi kami pergi Tamu Gadang Konvo dekat Dewan Cansellor..pergi makan dulu sebab lapar lepas tu jalan-jalan cuci mata..hehe... pukul 6 lebih sampai hotel...

gambar backdrop pentas dari jauh..hehe...







kad jemputan untuk ibubapa @ tetamu yang hadir..satu kad 4 orang jer..

kad touch n go..kad nie untuk nama dan program diumumkan masa terima skroll nanti...

Sidang konvo Cik Tikah 21/10 petang...tapi jam 9 pagi dah gerak ke UMS sebab nak ambil gambar studio..hehe.. Beratur jam 12 p.m tapi kalau dah namanya jumpa kawan-kawan lama, barisan pun dah tak betul...hahaha..banyak pulak nak disembangkan..dah lama tak jumpa sejak bulan 6 lagi... para graduan berarak masuk dewan lebih kurang jam 1 diikuti perarakan besar Pro Cansellor, Dekan-Dekan.. majlis dimulakan dan penyampaian ijazah diberikan oleh Ketua Menteri Sabah... tiba giliran Cik Tikah untuk terima skroll, rasa bangga dan terharu..baru je rancang nak buat baling topi lepas keluar dewan tapi hujan..huhu... 

esoknya, 22/10 pulak Cik Tikah pulangkan jubah dan ambil gambar studio dan gambar rasmi konvo..rasa macam tak percaya dah konvo.. dan akhirnya kini dah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah...

saya GRADUAN UMS... ^___^
 
jumpa lagi di lain entri..insya Allah.. hehe... 

Cik Tikah

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG