Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Friday, January 4, 2013

Bersederhana Itu Lebih Baik

Views

Assalamualaikum...Hai...
Selamat Pagi... Salam Jumaat, penghulu segala hari.. hari nie dah masuk 04 Januari 2013.. Jumaat pertama bagi tahun ini..moga sentiasa dalam keberkatan-Nya.. lama tak berkesempatan update blog..bulan Disember tahun lepas memang agak busy sebab Cik Tikah tolong kawan buat persiapan majlis perkahwinan..sekarang dah balik ke dunia blogging..insya Allah...

Berbalik kepada tajuk, "bersederhana itu lebih baik".. sederhana dalam setiap perbuatan itu lebih baik bagi diri kita... sederhana dalam perbelanjaan (tak membazir dan boros), dan sederhana dalam perbuatan (tak menunjuk-nunjuk) memang amat digalakkan.. Incik Cinta Hati Cik Tikah pun pesan sederhana dalam perbuatan kita, bahagia sentiasa...insya Allah...

Sederhana dalam urusan perkahwinan juga perlu...  Sebaik-baik wanita adalah yang murah maharnya... Islam itu mudah, jangan sekali-kali kita menyusahkannya... Kedudukan kewangan menjadi faktor utama ramai yang menangguhkan pernikahan.. rezeki itu pasti ada, cuma kita perlu berusaha.. setiap orang ada rezeki masing-masing...

Cik Tikah kongsikan dialog daripada facebook untuk perkongsian kita bersama..mungkin ramai dah baca, tapi takpe sebab sharing is caring kan..hehe

Dialog 1 (Nadia & Ustaz)
Nadia : salam ustaz... Sy nak tanya ustaz..... Ustaz, boley ke kalau orang perempuan zaman sekarang kawen nanti minta rm1000 hantaran & brg hantaran set sembahyang & quran je. (maksud sy kat sini,adakah ia boleh menyebabkan fitnah di mata masyarakat disebabkan mahar yang sikit ke mcm na?)

Ustaz : Boleh..ok dah tu..tak lah terbeban yang lelaki..kenduri tu ikut je kemampuan..ust kawin dulu pun 1k je..bahagia smpai skrg.

Nabi kata wanita solehah tu, yg murah mahar kahwinnya..hantaran tu adat je..enti mesti tunjuk contoh, wlaupun berkelulusan tp murah mahar kawinnya..
 

Nadia: terima kasih,ustaz.. Sy dah tnya ramai org pasal ni. Semua orang kasi respon negatif. Ustaz je kasi respon positif.

Ustaz : Dah lama ust bagitau , ada yg ikut, yang kuat berpegang dengan agama kebanyakan ikut..Rasulullah ketika kawinnya ada masa kenduri sembelih kmbing, ada masanya hanya roti dan susu..gejala sosial skrg antara puncanya kerana nak kwin takde duit..mahal sangat, tak lulus spm pun 8k jugak..jgn ikut budaya buruk ni, jadilah wnita solehah yang berharga bukan yang diletak harga macam barang kat pasaraya.
 

Nadia: satu lg ustaz... Org lelaki ni perlu ada paling minimum brape rm untuk kawen? Sbb ramai org laki ckp diorg tak kawen lg sbb duit tak cukup..hmm..

Ustaz : Kalau nadia anak ust..ust akn suruh dia bagi je apa yg dia mampu..sbb hntaran bukan wajib dan tujuannya adalah sedekah utk org makan..
 

Nadia: Mcm mana pulak dengan kedudukan kewangan bila da kawen? Penting ke,ustaz?
sbb ada lelaki tanak kawen sbb dia rsa kedudukan kewangan dia masih tak stabil

Ustaz : Yakin rezeki itu ditangan Allah, ust kawin waktu ngaji jugak, sampai dapat anak sulong, takde pape pun, yang penting mesti qanaah, memadai apa yg ada..tolak ansur, susah sikit sabar je...


Dialog 2 (Bakal mertua & Bakal menantu)
Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan."

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@



*******************************************************
Perkahwinan itu bukan satu perniagaan...sederhana dalam setiap aspek itu lebih baik..ukur baju di badan sendiri supaya takde siapa yang akan sengsara kemudian hari...zaman sekarang semua memerlukan duit, barang-barang untuk majlis pernikahan & perkahwinan semakin mahal tapi semua tu atas kita sendiri..biarlah sederhana tetapi meriah & berkat..


Yang baik itu datang dari Allah, yang lemah dari diri Cik Tikah sendiri... sehingga bertemu lagi di entri akan datang.. ^__^

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

2 comments :

  1. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  2. as salam....sy dh follow...jemput ke blog sy =)

    http://intan-mohamad.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG