Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Sunday, July 17, 2011

Satu Kenangan

Views
“UMS lambang puncak jaya
Pancaran perjuangan semangat waja
Pembentuk citra pelindung budaya
Memandu bangsa memaju Negara

Di sini dicanai segala fikiran
Di sini dikaji segala wawasan
Ilmu iman sumber ped0man
Bakti curah kasih budiman

Bayu bertiup nafasmu sejati
Bumi terhampar tubuhmu abadi
Samudera biru wajahmu berseri
Suria menyinar tenagamu murni

Kaulah harapan bangsa maju
Kaulah jambatan nusa bersatu
Berdiri megah kekal bermutu
Menuju arah bangsa dituju

UMS kaulah tunggak Negara
Warisan sejati Malaysia tercinta
Berkhidmat cemerlang menjadi budaya
Semoga unggul dan sejahtera”

Assalamualaikum..hai….

Lagu apa yang ade kat atas 2 yer… itulah lagu Universiti Malaysia Sabah… semangat melihat adik-adik juni0r akan masuk pada bulan September nie… teringat kisah dua tahun dulu (nampak sangat dah tua…hehe)
Baru2 nie, pada hari jumaat yang lepas 15 Julai 2011 keputusan UPU untuk kemasukan ijazah untuk sesi 2011/2012 telah keluar…ramai yang dapat dan ada jugak yang tak Berjaya.. kepada yang Berjaya tahniah diucapkan..kepada yang tak Berjaya tu, usaha lagi…. Rezeki tetap ade…ada yang dapat risau dengan keadaan persekitaran kawasan tempat belajar lagi..tambahan lagi yang dapat kat negeri orang kan… semestinya, yang bermain di fikiran ialah macam mana tempat tu?, susah tak kos aku?, macam mana dengan tempat tinggal?, dapat ke x aku sesuaikan diri?, aku seorang kot nanti,kawan2 takde, macam mana kos sara hidup yer?, macam mane dengan family aku dan macam2 lagi…. Hehe…. Pertanyaan biasa yang bermain di minda..sama jugak macam saya dulu..haha… ok2, relaks..jangan gabra.. sebab itu adalah satu proses hidup… kita semua pasti akan dapat melaluinya…

Mengimbau kembali kenangan dua tahun dulu selepas tamat tingkatan 6 dan Berjaya mendapat IPTA dalam kos yang agak pelik macam susah jek kos nie..INTERNATIONAL FINANCIAL ECONOMICS atau EKONOMI KEWANGAN ANTARABANGSA di Universiti Malaysia sabah Kampus Antarabangsa Labuan..satu yang bermain di fikiran, aik kat Labuan pun ade uni ker, tak tau pun..hahaha… lepas dah bagitau mak dan abah pasal tawaran tu, dipendekkan cerita,menerima sahaja walau dalam hati gila2 berbelah bagi… sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan jugak sebenarnyer...huhu... dan sebab bukan senang nak dapat IPTA kan… maka pada bulan Jun 2009, berangkatlah ke Kota Kinabalu untuk pendaftaran uni. dan sesi Minggu Suai Mesra.. risau,sedih, gembira, teruja semuanya ada sepanjang minggu MSM tuh… macam mane la Labuan agaknya?? Sedih nya nak pisah dengan mak, sebab tak pernah duduk berenggang..haha, dasat2.. tapi kena sedar reality… ambik sebagai cabaran…

Macam2 dugaan ketika mula2 tiba di Labuan.. takde air nyer… nk sesuaikan diri ngan keadaan nyer…nk sesuaikan diri ngan cara belajar uni. {sbb laen lar, dah ijazah kn..haha), dengan homesick nyer {mesti menangis..hahaha..), nak cari kawan lar… tapi 2 suma kejap jer… hehe..alhamdulillah dapat sesuaikan diri… yang penting tau bawak diri…

Dua tahun yang telah berlalu dan sekarang akan masuk tahun ketiga tahun terakhir di UMSKAL nie… kejap jer masa berlalu..rasa macam baru masuk (sebenarnya x sedar diri dah tua… :P) dua tahun nie lah, pelbagai ragam manusia dapat dilihat, dari situ belajar mengenal orang.. macam2 yang dipelajari… belajar berdikari.. belajar menguruskan diri sendiri… kenal ramai orang.. yang mungkin x dapat diperolehi kalau kita x mengambilnya sebagai satu cabaran… memang ramai orang cakap, wah jauhnya ko dapat uni. Mesti banyak pakai duit… yup, memang itulah cabarannyer.. duduk jauh memang memerlukan pengorbanan… tapi x ternilai ilmu yang kita dapat dengan duit 2… banyak mengubah diri pemilik blog ini daripada seorang yang pendiam gler2 masa zaman sekolah dulu kepada orang yang banyak cakap n x gugp bila berucap dpn junior2 form 6 <= itu cikgu yang cakap.. haha… tapi sekurang2 nya banyak perubahan dalam diri dapat dilihat berbanding diri yang ada 3 tahun dulu… sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya…

Hargailah setiap peluang yang kita ada… ambil sebagai cabaran… setiap kos yang kita dapat sama ada melalui kerelaan atau kerela paksaan ada nilainya… tiada kos yang senang… belajar ada naik turunnya.. ada subjek2 dalam kos yang susah dan senang..tidaklah semuanya susah..dan tidak lah semuanya senang… yang penting kita belajar… jangan takot…ilmu memang xkan pernah habis dan ilmu yang terbaik ialah pengalaman..experience is the best teacher… nikmatilah hidup ini..jadikan pengalaman itu pengalaman yang indah…

p/s: Bukan niat untuk menunjuk diri namun sekadar ingin berkongsi rasa hati… yang buruk dari dari diri pemilik blog yang tak seberapa ini..yang baik dari Allah s.w.t…J

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG