Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Wednesday, August 24, 2011

Cinta Muka Buku

Views
Assalamualaikum...
pernah dengar lagu cinta muka buku? lagu nyanyian Najwa Latif nie makin terkenal sekarang.. lagu yang amat best bagi saya sebab saya juga salah seorang dari orang2 yang bertemu cinta di muka buku..hehe...
mood: hepi + bersyukur sangat2...

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Sunday, August 21, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedari??

Views
Menjadi tunangan orang tanpa disedari?? Ayat tu kedengaran agak menakutkan, entah siapa lah yang menjadi tunangan kita tanpa disedari?? Mesti terfikirkan. Artikel di bawah ini sumber dari iluvislam.com. Mari hayati bersama...

"Pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini."


Jadi, anda semua bagaimana?? Adakah anda juga menjadi tunangan orang tanpa anda sedari??


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Saturday, August 20, 2011

Cinta-Kasih

Views
Assalamualaikum.... sering kali kita berbicara tentang cinta & kasih dengan cara yang sama... kali nie mari kita singkap Cinta-Kasih melalui cara di era teknologi... j0m...
 dialog di bawah berlaku antara  customer service (CS) dan pelanggan (P)


CS: Ya, ada perkara yang boleh saya bantu?
P : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal CINTA.KASIH. Bolehkah anda menolong saya menyelesaikan prosesnya?
CS: Ya, saya dapat membantu anda. Adakah anda sedia melakukannya?
P: Baik, tetapi saya tidak mengetahui caranya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukah anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh menginstalnya sementara program-program lain masih aktif?
CS: Program apa yang sedang aktif?
P: Tunggu kejap saya tengok dulu, program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, "MINDER.EXE", DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tak apa. CINTA.KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan diganti oleh program lain. CINTA.KASIH akan menggantikan MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus membuang BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA.KASIH tidak ter'instal' secara sempurna. Dapatkah anda membuangkannya?
P: Saya tidak tahu cara membuangkannya. Dapatkah anda menolong saya?
CS: Klik di Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA.KASIH mulai ter'instal' secara automatik. Apakah arahan ini betul?
CS: Ya, adakah anda akan menerima pesan bahawa CINTA.KASIH akan terus di'instal' berterusan dalam HATI anda. Apakah anda melihat arahan tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai ter'instal'?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya ada program dasarnya sahaja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar mudah untuk menaiktarafkannya.
P: Oopps... Saya mendapat arahan "error". Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa arahannya?
P: "ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT"... Apakah ertinya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA.KASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi tidak boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu masalah pemprograman, tetapi dalam istilah teknikal ini bererti anda harus men-"CINTA KASIH"-i komputer anda sendiri sebelum men-"CINTA KASIH"-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkah anda klik pada direktori yang disebut "PASRAH"?
P: Ya, sudah.
CS: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART", "MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menggantikan 'file-file error' dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan "Recycle Bin" untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sydah. HATI saya sudah terisi 'file-file' baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE  dan KEPUASAN.COM sudah di'copy' ke HATI. Apakah ini betul?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk men'download'nya. Jadi CINTA.KASIH telah ter'instal' dan aktif. Anda harus boleh mengendalikan sendiri. Ada satu hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA.KASIH adalah "freeware". Patikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda terima. Mereka akan 'share' ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
P:OK, terima kasih atas bantuan anda.


ps: sori kalau korang semua tak dapat memahami apa yang disampaikan..ini cuma sebahagian daripada kelainan cerita... :D

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, August 19, 2011

Resepi Untuk Kegembiraan

Views
Assalamualaikum.... dah lama tak menulis atas kekurangan idea... 
kali nie, nak cerita pasal resipi untuk kegembiraan...hehe... dlm bahasa omputih.. Selamat mencuba!!


Ingredients
3 cups of love
1 cup of kindness
1 handful of hard times
1 teaspoon of goodwill
1 tablespoon of patience
1 liter of prayers for mixing
Smiles to taste


Method
1. First, pour in three cups of love and a cup of kindness. Mix and taste
2. If the mixture tastes too sweet, add some hard times
3. If too many stones form, add a teaspoon of goodwill and a teaspoon of patience
4. Then, throw in a few smiles and mix well
5. To make everything mix well, add in a cup of prayers.



 

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG