petua menjadi pelajar cemerlang dalam Al-Quran ada disebut di permulaan surah Al-Mu'minun surah ke-23.. artikel nie diambil sumbernya dari iluvislam.. sama2 kita manfaatkan moga selepas ini kejayaan menjadi milik kita semua...jaga hubungan sesama manusia dan pastinya hubungan kita dengan Allah..insya Allah kejayaan pasti bersama... peringatan untuk diri sendiri jugak :D
1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama.
Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan
melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam
solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah
dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan
sambil lewa.
3. Prioriti (Mengutamakan apa yang utama/penting)
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha
(perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda
dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpamanya
sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita
peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar,
dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti
membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan
perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri
lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil
wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita
lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak
membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat
pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah
kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang
bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
4. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang
menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun
sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu
mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling
kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun
lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali
terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka
(isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik
itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah
kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang
ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan
sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan
janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita
untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah
berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang
pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita
mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan
meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus
menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula
wala quwwata illa billahil 'azim."
7. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara
solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang
pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati
masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita.
Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa
peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan
peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari
juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di
pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk
akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga
hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan
amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi.
Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan
merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
"
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga
Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
"
....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami
(kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan
di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa
neraka." [2:201]
"Mereka
itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan
Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
Tweet
No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^