dialog di bawah berlaku antara customer service (CS) dan pelanggan (P)
CS: Ya, ada perkara yang boleh saya bantu?
P : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal CINTA.KASIH. Bolehkah anda menolong saya menyelesaikan prosesnya?
CS: Ya, saya dapat membantu anda. Adakah anda sedia melakukannya?
P: Baik, tetapi saya tidak mengetahui caranya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukah anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh menginstalnya sementara program-program lain masih aktif?
CS: Program apa yang sedang aktif?
P: Tunggu kejap saya tengok dulu, program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, "MINDER.EXE", DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tak apa. CINTA.KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan diganti oleh program lain. CINTA.KASIH akan menggantikan MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus membuang BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA.KASIH tidak ter'instal' secara sempurna. Dapatkah anda membuangkannya?
P: Saya tidak tahu cara membuangkannya. Dapatkah anda menolong saya?
CS: Klik di Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA.KASIH mulai ter'instal' secara automatik. Apakah arahan ini betul?
CS: Ya, adakah anda akan menerima pesan bahawa CINTA.KASIH akan terus di'instal' berterusan dalam HATI anda. Apakah anda melihat arahan tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai ter'instal'?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya ada program dasarnya sahaja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar mudah untuk menaiktarafkannya.
P: Oopps... Saya mendapat arahan "error". Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa arahannya?
P: "ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT"... Apakah ertinya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA.KASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi tidak boleh aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu masalah pemprograman, tetapi dalam istilah teknikal ini bererti anda harus men-"CINTA KASIH"-i komputer anda sendiri sebelum men-"CINTA KASIH"-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkah anda klik pada direktori yang disebut "PASRAH"?
P: Ya, sudah.
CS: Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART", "MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menggantikan 'file-file error' dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan "Recycle Bin" untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sydah. HATI saya sudah terisi 'file-file' baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM sudah di'copy' ke HATI. Apakah ini betul?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk men'download'nya. Jadi CINTA.KASIH telah ter'instal' dan aktif. Anda harus boleh mengendalikan sendiri. Ada satu hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA.KASIH adalah "freeware". Patikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda terima. Mereka akan 'share' ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
P:OK, terima kasih atas bantuan anda.
ps: sori kalau korang semua tak dapat memahami apa yang disampaikan..ini cuma sebahagian daripada kelainan cerita... :D
Tweet
No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum..Dah Baca? Tinggalkan Komen yer.. ^_^