Pembuka Bicara



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang2 Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).


Sunday, February 27, 2011

Cerita Hati ~ Hafiz Hamidun

Views
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/01/lirik-lagu-cerita-hati-hafiz-hamidun.html#ixzz1FAYkxsdx

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Monday, February 21, 2011

KeNanGaN FoRm 6

Views
rindunyer ngan kwn2 mase form 6... huhu.... masing2 dah ada haluan sendiri.... dah busy ngan study n kerja.... entah bila lar boleh jumpa... dah la cuti laen2... MISS U SO MUCH MY DEAR FRIENDS.... byk kenangan antara kita dulu tercipta selama 1 tahun setengah... amat2 menghargai kehadiran kalian.... nanti kalau ade masa kita berkumpul la ramai2..... rindu sangat2 dengan korg... huhu T_T







Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Debaran...

Views
debaran apa tu??? hihihi.....
debaran nak kahwin ker??? siapa lak nak kahwin??? saya ker??? heheh...
tak2... saje jer wat intro...

ari nie debaran untuk calon2 MPP di kampus saya dan untuk semua calon2 STPM 2010....
macam2 gelagat yang dapat diperhatikan... hehehe... alhamdulillah semuanya berjalan lancar... tahniah untuk saf kepimpinan yg baru  & semoga kalian dapat menjalankan amanah dengan baik... insya Allah...

bercerita pasal STPM lak... terkenang 2 tahun lepas masa keputusan diumumkan... macam2 perasaan... macam 2 lah agaknya perasaan adik2 junior saya di sekolah & di mana2 sahaja mereka berada... hehehe... apa2 pun, tahniah yer adik2 untuk yang berjaya.... bg mereka yg sedih2 tu, percayalah anda dah berusaha... yakinlah untuk sesiapa pun pasti ada peluang & rezeki yang telah Tuhan tentukan.... terus berusaha sehingga berjaya... panjang lagi perjalanan kalian....
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Friday, February 11, 2011

Jodoh - Mencari yang Terlalu Sempurna

Views
kita bukanlah manusia yang sempurna.... sentiasa melakukan kekhilafan.... usahlah mencari jodoh yang terlalu sempurna.... jika inginkan yang soleh & solehah, perbaiki diri  terlebih dahulu.... jadikanlah diri soleh & solehah... hanya Allah SWT yang mengetahui siapa jodoh kita... berdoalah kepada Allah moga2 jodoh kita akan dapat membimbing kita ke arah jalan Islam.... 
kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Kisah Air Mata

Views
Air mata adalah senjata wanita... air mata tu penuh makna sebenarnya... bace la cerita di bawah... ^_^

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” si ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.” 

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Surah al-Fatihah Mengubati Penyakit

Views
Bismillahirahmirahim....

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu... sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menyembuhkan sesuatu penyakit...

1. Baca Surah al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan lalu diminum.
2. Surah al-Fatihah ditulis dalam huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT ia akan sembuh
3. Tulislah Surah al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah SWT.
4. Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang disengat kala.
5. untuk mengubati sakit gigi dan lain-lain, letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al-Amin) dan tetap di sisi-Mu."
6. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan: Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca al-fatihah sebanyak 10 kali."


sumber surat khabar iluvislam.
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Thursday, February 10, 2011

Handphone apa yang sesuai untuk saya????

Views
Assalamualaikum.... hai semua....

handphone ape yang sesuai untuk saya??? hehe.... niat di hati nak tukar handphone kepada yang baru memandangkan yang lama kian uzur....  insya Allah bulan 5 nie akan dapat handphone baru....
saya berkenan dengan handphone nokia 5230... ala yang touch screen tu.... tapi kawan2 saya cakap handphone nie senang rosak.... but depends kepada cara pemakaian jugak kan...

bagi saya, handphone nie smart lar.... nak try pakai touch screen gak sebenarnyer... dah cuba handphone yang candy bar tu, sony erisson pun dah.....kalau kat labuan nie, harge dia RM499.... kat mane nak cari yang murah sket??? harap2 mak dapat tengokn harga kat PD.... hehe....

nak tanye pendapat korang, handphone apa yang best???? yang ada kamera cantik, & yang penting boleh savekan bajet student macam saya nie....
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Kucing2 saya....

Views
hai.... ari nie nak cerita pasal kucing2 di rumah saya....
sebenarnyer, saya x ngam pun ngan kucing2 nie tapi masa balik cuti sem dah mula berjinak2 dgn kucing... haish....

nie ibu kucing... name SHIRO... comel kn.... hahaha

kat bawah nie gelagat anak2 shiro nie... putih tu namenyer TABBY... yang macam shiro tu namenyer TOMEI....




gamba bawah nie masa dorg kecik2... skang dah besar... comel2... geram jer tengok...






haa, nie lak adik2 tabby & tomei..... 3 ekor lagi kucing di rumah saya....

nie LALA.... dia seorang jer betina... hikhik


nie KIKI... jantan taw....

yang nie KIMI..... 



Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

UMSKAL terchenta......

Views
Bismillahirrahmanirrahim....

entri kali nie gamba2 UMSKAL terchenta... universiti tempat saya sedang belajar sekarang...

gambar menara gading dr pantai... ^_^
























Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

A New Journey Of Life

Views
assalamualaikum..... hai semua

nak kata perjalanan hidup yang baru tak jugak cuma tak tau lar nak tulis tajuk apa... heheh
sedar x sedar dah 4 sem dah jalani hidup sebagai pelajar universiti...
sekarang nie baru berada di bulan kedua sem 4....
alhamdulillah diberi peluang untuk sambung belajar.... insya Allah 2 sem lagi untuk diri ini graduate....
macam2 dah belajar... pelbagai perkara pahit manis jadi dalam hidup di kampus nie....
tapi tu semua mematangkan....

daripada seorang yang pendiam & tak banyak cakap di sekolah dr form 1 - form 6... hehe... alhamdulillah sekarang dah mula banyak cakap... dah pandai untuk berinteraksi dengan orang ramai... teringat kata2 cikgu pengajian am saya, Cikgu Sobri...hehehe....

untuk sem nie & sem2 yg akan dtg, moga diri ini akan buat yang terbaik dalam pelajaran & dipermudahkan perjalanan dalam perjuangan pelajaran... insya Allah... amin....
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Wednesday, February 9, 2011

Damai Yang Hilang (Nowseeheart)

Views
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Maher Zain - Insya Allah Versi Bahasa Melayu

Views

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Make Me Strong (Sami Yusuff)

Views
I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Waiting for something (Sedang menunggu sesuatu)
Something to happen to me (Sesuatu untuk berlaku kepada diriku)
But this waiting comes with (Tetapi bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)

Nothing in life is free (Tiada yang percuma di dalam hidup ini)
I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau akan beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day I'll be ok (Yang aku akan ok pada ketika itu)

But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
Help me find my way (Bantulah aku menemui caraku)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Yearning for something (Mengharapkan sesuatu)
Something known only to me (Sesuatu yang hanya aku tahu)
This waiting comes with (Bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)

Life is one mystery (Kehidupan adalah satu misteri)
I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day you'll forgive me (Yang Engkau akan memaafkan aku ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
I beg for your mercy (Aku mohon kasih sayang-Mu)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)


Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

SAKIT - Antara Penghapus Dosa & Peningkatan Darjat

Views
"Semoga perkongsian ini membawa manfaat... credit to surat khabar iluvislam"

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya," ujarnya.

Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

Sakit rohani punca kejahatan
Seseorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternya bukan kecil sakitnya itu.

Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya. 

"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan haram yang diambil perut sehingga membentuk daging," katanya.

Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Salam Perkenalan....

Views
Assalamualaikum w.b.t....

Permulaan utk menulis blog.... moga2 ada perkongsian dr sahabat2 semua utk sy yg baru berjinak2 menulis blog... apa yg baik sesungguhnya dtg dr Allah...
Syukran Sudi Baca..Kalau Suka, LIKE dan KOMEN..TQ ^__^

Best Fren Blog .:Cik Kucing :.

Komen Terkini

Get widget here
SEGALA KANDUNGAN DALAM BLOG INI MILIK PEMILIK BLOG